Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksSijil Lepasan Ijazah

PROGRAM PENGAJIAN

SIJIL LEPASAN IJAZAH​

Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan

[753] Sijil Ikhtisas​ Kepimpinan Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (SIKPULI)

 

  1. TUJUAN PROGRAM
    Sijil Ikhtisas Kepimpinan Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (SIKPULI) ini dibina bagi merealisasikan fungsi KUPU SB sebagai sebuah institusi perguruan ugama yang efektif. Program ini diadakan dengan tujuan berikut:
    1. Melahirkan kepimpinan pendidikan yang kompeten dan ikhtisas untuk mengaplikasi teori kepimpinan dari perspektif Islam dan barat di dalam memimpin, mengurus dan mentadbir institusi-institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam dengan lebih berkesan.
    2. Memberi pendedahan kepada Pengetua dan Guru Besar pengetahuan dan kemahiran asas kepimpinan pendidikan untuk direalisasikan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
    3. Menyediakan platform kepada Pengetua dan Guru Besar yang sedang berkhidmat di institusi pendidikan terhadap kepimpinan pendidikan yang ikhtisas dan terlatih.
    4. Memenuhi syarat pelantikan dan pengesahan jawatan sebagai Pengetua atau Guru Besar yang ditetapkan oleh pihak kementerian berkenaan.
       
  2. PERINGKAT PENGAJIAN
    Sijil Lepas Ijazah (Level 7)
     
  3. TEMPOH PENGAJIAN
    ​Sepenuh Masa: 1 Tahun (2 Semester)
     
  4. BAHASA PENGANTAR
    Bahasa Melayu
     
  5. SYARAT KEMASUKAN:
    1.  Warganegara Brunei Darussalam.
    2.  Sihat fizikal dan mental.
    3.  Sedang berkhidmat menerajui pentadbiran di institusi pendidikan.
    4. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam atau   Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan yang setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan atau Swasta tempatan atau luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
      ATAU
      Kelulusan Ijazah Sarjana Muda lain yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
    5. Keutamaan:
            • Calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 3.00 ke atas.
            • Calon yang memiliki pengalaman mengajar dalam bidang pendidikan.
            • Calon yang aktif dalam kegiatan kokurikulum.​


PERMOHONAN DIBUKAKAN KEPADA PEMOHON-PEMOHON YANG LAYAK

DIBUKAKAN MULAI 17 Februari 2024 hingga 16 Mac 2024

SILA TEKAN PAUTAN BERIKUT UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN: POHON SIKPULI​