Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAspirasi

FALSAFAH

Usaha berterusan bagi pembinaan umat bermaruah berasaskan keupayaan sistem pendidikan dalam menjana tradisi pengajaran-pembelajaran formal dan non-formal, untuk melahirkan pendidik dan pemimpin bertaqwa menerusi pemaduan tenaga pendidik yang berwibawa, berakhlak mulia, berbudaya ilmu yang tinggi dan kesediaan masyarakatnya untuk dibimbing bagi mendapat keberkatan, keredhaan dan keampunan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

 

VISI

Mencapai kemuliaan akhlak dan kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf antarabangsa.

 

MISI

Memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik berjati diri melalui pengintegrasian ilmu latihan, kajian, perkhidmatan, ketrampilan dan teknologi berasaskan prinsip-prinsip Islam, Konsep Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

MATLAMAT

Melahirkan sumber tenaga manusia sebagai hamba dan khalifah Allah yang berwibawa dalam pendidikan perguruan Islam, untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertaqwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljama'ah bermazhab Syafi'e serta mendukung kedudukan Ugama Islam sebagai ugama rasmi negara dan Konsep Negara Melayu Islam Beraja.

 

OBJEKTIF

  • Mengadakan program latihan dalam bidang perguruan Islam di peringkat pengajian sijil, diploma, ijazah dan ijazah lanjutan serta kursus-kursus pemantapan dan peningkatan.
  • Melaksanakan kajian dan penyelidikan ilmiah dan menyebarluaskan hasil pengalaman, penemuan dan penyelidikan dalam bidang pengajaran-pembelajaran menerusi penerbitan.
  • Menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara berkaitan hal ehwal perguruan, penyelidikan, perkhidmatan dan pengurusan, tenaga akademik dan pelajar.