PENGENALAN
Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath adalah hasil cadangan daripada resolusi Seminar Serantau Kitab Turath yang telah dilaksanakan pada pada 19 dan 20 Zulkaedah 1431H bersamaan 27 dan 28 Oktober 2010M di Dewan Tarbiyah KUPU SB anjuran bersama Pusat Ilmu Teras (PIT) dan Fakulti Usuluddin Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Penubuhan pusat ini secara rasminya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 16 Safar 1441H bersamaan 15 Oktober 2019M bersempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagaimana titah baginda.
Kepada KUPU SB, Beta pernah bertitah mengenai 'Tulisan Jawi'. Pada hemat Beta, Tulisan Jawi tidak wajar dibebankan kepada KUPU SB sahaja, sedangkan ia menyangkut tanggungjawab semua. Kerana bukankah Tulisan Jawi itu, sama dengan Bahasa, merupakan jiwa dan identiti bangsa?
Selaku milik bersama, maka semua pihak, terutama pusat-pusat pengajian tinggi, wajarlah bergerak bersama-sama, bantu membantu untuk mendaulatkan warisan ini. Dan Beta, berdasarkan rasional ini, telah memperkenankan penubuhan Pusat Pengkajian Jawi."
(Petikan Titah sempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, pada 16 Safar 1441H / 15 Oktober 2019M)
VISI
Sebagai Pusat Sumber Jawi dan Kitab Turath yang Autoratatif bagi memperkasakan Tulisan Jawi dan Pengajian Kitab Turath di alam Melayu
MISI
1) Memartabatkan tulisan jawi dan kitab turath sama ada dalam penggunaan, penjagaan, penyelarasan, perkembangan dan penyebarannya di Negara Brunei Darussalam dan antarabangsa dalam bentuk kegiatan promosi, latihan, konsultasi dan khidmat nasihat.
2) Menjadi Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi keperluan dan kepentingan masyarakat dan negara.
3) Mengembangluaskan budaya penyelidikan jawi dan kitab turath dalam kalangan tenaga akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik ugama umumnya.
4) Menjadi pusat koleksi data dan maklumat serta bahan-bahan rujukan Islam berhubung jawi dan kitab turath.
5) Menjadi wadah pemikiran antarabangsa dalam mempertahankan martabat tulisan jawi dan kitab turath sama ada melalui seminar, simposium dan kolokium.
MATLAMAT
1) Menyelidik dan mendokumentasi serta menyusun perolehan penyelidikan dari segala aspek yang berkaitan dengan jawi dan kitab turath melayu.
2) Mengumpul, menyimpan dan memelihara segala bentuk bahan jawi dan kitab turath yang bernilai untuk kemudahan rujukan, pengkajian dan penerbitan.
3) Menerbit buku-buku dan penulisan-penulisan dari perolehan sumber-sumber kajian dan penyelidikan jawi dan kitab turath yang dijalankan untuk disebar sebagai bahan rujukan dan bacaan orang ramai.
4) Memperkenalkan tulisan jawi dan kitab turath kepada semua peringkat lapisan masyarakat melalui hari terbuka Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath secara berkala.
5) Memberikan khidmat talaqqi kitab turath bagi semua pelajar dan orang ramai di Negara Brunei Darussalam.
6) Menjalankan penyelidikan dan kajian naskah-naskah kitab turath melayu sama ada yang masih berbentuk manuskrip mahu pun yang sudah disusun sebagai kitab turath biasa bersama dengan institusi-institusi di Negara Brunei Darussalam.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
1. Diploma Pengajian Kitab Turath
2. Diploma Pengajian Kemahiran Jawi dan Kaligrafi Islam
Muat turun Buku Maklumat Program Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi & Kitab Turath
PENTADBIRAN PUSAT
Dr Haji Harapandi Dahri (Pengarah)
Penolong Kanan Profesor
E-mel : harapandi.dahri@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Azman bin Haji Kassim (Timbalan Pengarah)
Penolong Pensyarah
E-mel : azman.kassim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Dr Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul MulukPensyarah
E-mel : azmi.muluk@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Abdul Rahman bin Haji Ajak
Penolong Pensyarah
E-mel : rahman.ajak@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Nur Fatin Nabahah binti Saini
Penolong Pendaftar (I-Ready)
E-mel : fatin.saini@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Muhammad Fayyadh bin Awang Taib
Pegawai Kegiatan (I-Ready)
E-mel : fayyadh.taib@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Muhammad Razin bin Ramli
Pekerja Sambilan
No. Tel : 2 236277
E-mel : pppjkt@kupu-sb.edu.bn