PENGENALAN
Pusat ini sebelumnya dikenali sebagai Pusat Penerbitan. Setelah penjenamaan semula, pusat ini dikenali sebagai Pusat Penyelidikan dan Penerbitan mulai pada 1 Julai 2024. Pusat ini berperanan untuk menyebarkan hasil penyelidikan ahli akademiknya kepada komuniti kampus dan masyarakat di Negara Brunei Darussalam serta serantau secara meluas melalui persidangan, seminar dan penerbitan.
VISI Pusat Penyelidikan dan Penerbitan Pendidikan Ugama yang Ternama dan Terunggul.
MISI Memartabatkan Penyelidikan dan Penerbitan
Perguruan Ugama.
OBJEKTIF - Menggalakkan setiap ahli akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan untuk menyelidik, menulis, dan menerbitkan hasil penyelidikan yang berkualiti.
- Menyebarkan hasil penyelidikan melalui persidangan, seminar, dan platform digital serta penerbitan jurnal dan buku.
- Menjadikan Kolej Universiti Perguruan Ugama sebagai sebuah institusi penyelidikan yang terunggul dalam penyelidikan dan pendidikan Ugama.
- Meningkatkan jalinan kerjasama dengan institusi penyelidikan, industri, dan komuniti global untuk meningkatkan pertukaran pengetahuan dan sumber daya.
FUNGSI - Membina pengkalan data penyelidikan yang sistematik dan komprehensif serta mudah diperolehi bagi tujuan pengembangan dan pemanfaatan ilmu.
- Merancang dan melaksanakan kursus, latihan, bengkel, seminar, pameran, persidangan dan penerbitan.
- Menyediakan jaringan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk kemajuan dan pengembangan penyelidikan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
- Menerbitkan bahan-bahan ilmiah para sarjana dan ilmuan Negara Brunei Darussalam lulusan dalam dan luar negeri.
- Mengendalikan penerbitan buku, jurnal, prosiding dan buletin serta rampaian; program, sijil dan brosur.
- Mengumpul, menilai, menyunting, menyemak bahan-bahan serta merancang pengeluaran penerbitan.
- Mempromosikan buku-buku terbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan di peringkat lokal dan luar negeri.
|