Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath

LATAR BELAKANG

Penubuhan Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath adalah hasil cadangan daripada resolusi Seminar Serantau Kitab Turath yang telah dilaksanakan pada pada 19 dan 20 Zulkaedah 1431H bersamaan 27 dan 28 Oktober 2010M di Dewan Tarbiyah KUPU SB anjuran bersama Pusat Ilmu Teras (PIT) dan Fakulti Usuluddin Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. 

Penubuhan pusat ini secara rasminya telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 16 Safar 1441H bersamaan 15 Oktober 2019M bersempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagaimana titah baginda. 

_______________________________________________________________________________________________________

Kepada KUPU SB, Beta pernah bertitah mengenai 'Tulisan Jawi'. Pada hemat Beta, Tulisan Jawi tidak wajar dibebankan kepada KUPU SB sahaja, sedangkan ia menyangkut tanggungjawab semua. Kerana bukankah Tulisan Jawi itu, sama dengan Bahasa, merupakan jiwa dan identiti bangsa? 

Selaku milik bersama, maka semua pihak, terutama pusat-pusat pengajian tinggi, wajarlah bergerak bersama-sama, bantu membantu untuk mendaulatkan warisan ini. Dan Beta, berdasarkan rasional ini, telah memperkenankan penubuhan Pusat Pengkajian Jawi." 

(Petikan Titah sempena Majlis Konvokesyen Ke-9 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, pada 16 Safar 1441H  / 15 Oktober 2019M)

_______________________________________________________________________________________________________

Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath (PPPJKT) ini tealhpu diberikan penjenamaan semula sebagai Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath (PPJKT). Penjenamaan semula ini merujuk di dalam Mesyuarat Khas Pegawai-Pegawi Utama KUPU SB dan Mesyuarat Khas Senat KUPU SB pada 9hn Mei 2024. Semoga dengan penjenamaan semula ini, Pusat akan dapat menumpukan ke arah pengajian Jawi dan Kitab Turath yang lebih baik, efisien dan cemerlang. 


VISI
Menjadi Pusat pengajian yang unggul dalam mendaulat dan memperkukuh Jawi dan Kitab Turath, menghubungkan generasi muda dengan warisan ilmu dan tradisi yang kaya, serta membentuk mereka sebagai pewaris tamadun yang berilmu dan berakhlak mulia.

MISI
Membentuk pengajar dan masyarakat yang progresif dalam memartabatkan Jawi dan memantapkan kefahaman mereka dengan ilmu-ilmu asas Islam ​yang kukuh melalui Kitab Turath, serta mengetengahkan semula tradisi pengajian Kitab Turath dalam masyarakat melayu.

OBJEKTIF

1)  Memberi ilmu pendidikan dan kemahiran Jawi serta mengintegrasikan dengan Kitab Turath ke dalam kurikulum pendidikan formal untuk memastikan fahaman dan penghormatan terhadap warisan budaya dan ilmu pengetahuan yang berharga.

2)  Mendokumentasi dan menyebarluaskan kajian Jawi dan Kitab Turath sebagai bahan rujukan dan bacaan umum.

3)  Mempergiat hubungan kerjasama dengan pihak yang berkepentingan dalam dan luar negara demi unutk kecemerlangan Jawi dan Kitab Turath.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

1. Diploma Pengajian Kitab Turath
2. Diploma Pengajian Jawi dan Kaligrafi Islam


Muat turun Buku Maklumat Program Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi & Kitab Turath


PENTADBIRAN PUSAT 


​Pengiran Dr. Hajah Norwidayawati binti Pengiran Haji Metusin
Pengarah / Penolong Profesor
E-mel :  norwidaya.metusin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277​

Amshahnoorwadi binti Haji Yakub
Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama
E-mel :  amshah.yakub@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ​

Dr. Haji Harapandi Dahri 
Penolong Kanan Profesor
E-mel : harapandi.dahri@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277​

Dr. Haji Mohammad Shahrol Azmi bin Haji Abdul Muluk
Pensyarah
E-mel : azmi.muluk@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Abdul Rahman bin Haji Ajak
Penolong Pensyarah
E-mel :  rahman.ajak@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 

Muhammad Razin bin Ramli
Sukarelawan
E-mel :  razin.ramli@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277​

Nur Faizah binti Sapar
Sukarelawan
E-mel :  nurfaizah.sapar@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277​​



E-mel :  pppjkt@kupu-sb.edu.bn