Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Kajian Fiqh al-Usrah

​​​​PENGENALAN

Pusat Kajian Fiqh al-Usrah diperkenankan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menerusi warkah bilangan warkah bilangan: HMPO 4/2007/1 bertarikh 28hb Oktober 2015. Pusat ini diletakkan di bawah pentadbiran Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.


OBJEKTIF

  1. Menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berhubung dengan kefahaman Fiqh al-Usrah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi keperluan ugama, masyarakat, negara dan negara.
  2. Mengembangluaskan dan menggalakkan budaya penulisan dan penyelidikan secara ilmiah dan emperik di kalangan tenaga akademik KUPU SB khususnya dan para intelektual serta ahli-ahli akademik dalam bidang keluarga Islam amnya. Melalui aktiviti tersebut diharap akan dapat memberi kontribusi nyata yang sesuai dengan prinsip-prinsip Islam.
  3. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak-pihak yang bekaitan di dalam dan luar negara untuk melakukan kajian dan penyelidikan mengenai Fiqh al-Usrah. Berkolaborasi dengan agensi-agensi yang berkenaan dalam meningkatkan penghayatan keluarga sakinah mawaddah dan rahmah di negara ini, serantau dan antarabangsa.
  4. Sebagai pusat kajian yang sentiasa memantau perkembangan kontemporari perundangan Islam yang berkaitan dengan keluarga Islam dan dapat membantu pihak yang berautoriti dalam perundangan Islam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kes-kes Mal khususnya kes-kes yang tertangguh.
  5. Sebagai satu saluran pemberian perkhidmatan akademik dan sumbangan ke arah pembangunan keluarga sakinah mawaddah dan rahmah di Negara Brunei Darussalam.
  6. Melahirkan institusi keluarga Muslim yang berwawasan, mantap dan kukuh mengenai ajaran Islam terutama dalam bidang kekeluargaan.


PERANAN

  1. Pusat Kajian Fiqh al-Usrah berperanan sebagai institusi rujukan yang berhubungkait dengan kefahaman yang sahih tentang keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah.
  2. Pusat ini berperanan dalam menjalankan kajian kehidupan kekeluargaan dengan mengemukakan hujah-hujah ilmiah yang kukuh lagi bernas dalam bentuk tulisan, buku, poster dan sebagainya.
  3. Pusat ini juga akan bergiat aktif dalam sama-sama memberikan pemikiran kehidupan keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
  4. Pusat ini berperanan bagi mengenal pasti isu-isu kekeluargaan dan kaedah mengatasinya.
  5. Sebagai pusat yang bekerjasama dengan pihak yang berautoriti dalam mentafsir, menjelaskan dan memperincikan perkara yang berkaitan dengan Undang-Undang Keluarga Islam.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

    • Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Fiqh al-Usrah)
    • Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Fiqh al-Usrah)
    • Diploma Pengajian Fiqh al-Usrah

PENTADBIRAN PUSAT

Dr. Haji Sham bin Haji Amin
Pengarah / Penolong Profesor
E-mel :  sham.amin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

SIti Musfirah binti Misli
Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama​
E-mel :  musfirah.misli@kupu-sb.edu.bn​


STAF AKADEMIK

Awang Hilman bin Haji Salim
Penolong Pensyarah (Cuti Belajar)
E-mel :  hilman.salim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Pengiran Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan
Penolong Pensyarah
E-mel :  norizzati.kasharan@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277


PERKERANIAN

Pengiran Hasnah binti Pengiran Haji Damit
Pembantu Pejabat / Pengendali Mesin Jilid Tingkat III
E-mel :  hasnah.damit@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Hajah Nurul Hidarani Binti Haji Mohin
Pekerja Tingkat III
E-mel :  hidarani.mohin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Dk Mariani binti Pg Manggong
Pembantu Pejabat / Tukang Masak 
E-mel : mariani.manggong@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277



E-mel :  fiqh.alusrah@kupu-sb.edu.bn