Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksLatar Belakang

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada awal Tahun Baru Hijrah 1428 bersamaan dengan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda sempena sambutan awal Tahun Baru Hijrah 1428.  Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf kepada peringkat Kolej Universiti daripada peringkat Maktab Perguruan Ugama.  KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan Negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar Negara.

 

Kedudukan penubuhannya melambangkan mercu tanda keislaman yang unik dengan memartabatkan pengajian perguruan ugama dan khazanah ilmu kitab turath Melayu.  Pada masa ini KUPU SB mempunyai tiga (3) buah Fakulti; iaitu Fakulti Usuluddin, Fakulti Syariah dan Fakulti Pendidikan, dan lapan (8) buah pusat iaitu Pusat Ilmu Teras, Pusat Bahasa, Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah, Pusat Kajian Fiqh al-Usrah, Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam, Pusat Multimedia & Teknologi dan Pusat Penerbitan. 


Berlandaskan pengintegrasian ilmu, latihan, penyelidikan, perkhidmatan, teknologi dan jati diri yang holistik, sepertimana tercatat dalam misi penubuhannya, KUPU SB akan menyerlah dengan megah dan diiktiraf sebagai sebuah institusi pengajian tinggi kebanggaan negara yang masyur bertaraf antarabangsa. 


Sejak bulan Ogos 2007, KUPU SB telah melaksanakan pengajiannya dalam program: 

  1. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
  2. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Syariah)
  3. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan)
  4. Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab)
  5. Sarjana Perguruan Ugama (Aqidah)
  6. Sarjana Perguruan Ugama (Fiqh)
  7. Sarjana Perguruan Ugama (Penyeliaan)
  8. Sarjana Perguruan Ugama (Kurikulum)
  9. Sarjana Perguruan Ugama (Pengurusan dan Pentadbiran)
  10. Diploma Perguruan Ugama Lepas Ijazah
  11. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Usuluddin)
  12. Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah)
  13. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Usuluddin)
  14. Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Syariah)
  15. Diploma Perguruan Ugama (Usuluddin)
  16. Diploma Perguruan Ugama (Syariah)
  17. Diploma Pengajian Tauhid
  18. Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith
  19. Diploma Pengajian Fiqh
  20. Diploma Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
  21. Sijil Khas Perguruan Ugama