Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKepimpinan Kokurikulum

PENDAHULUAN

Kemajuan sesebuah bangsa dan negara sangat ditentukan oleh pendidikan. Tujuan utama dan matlamat asas dari pendidikan adalah untuk mengembangkan potensi diri peserta didik untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta kemahiran yang diperlukan dirinya dan masyarakat agar dapat mencapai taraf hidup dan kemajuan lebih baik. Kerana itulah masa depan yang cerah dan cemerlang adalah berawal dari pendidikan yang baik dan bangsa yang berpendidikan jauh lebih bermartabat dari bangsa yang tidak berpendidikan. Hakikat ini sangat bersesuian dengan titah baginda Kebawah  Duli  Yang  Maha  Mulia  Paduka  Seri  Baginda  Sultan  Haji  Hassanal  Bolkiah Mu'izzaddien Waddaulah  ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien,  Sultan  dan  Yang  Di-Pertuan  Negara  Brunei  Darussalam.


"Memandangkan pendidikan adalah suluh kepada kehidupan ini, maka ia mestilah dimartabatkan sebagai kepentingan kebangsaan yang perlu diisi.  Caranya   antara   lain   ialah   dengan   menyediakan   kurikulum   yang mempunyai  objektif  mewujudkan  budaya  pendidikan  sepanjang  hayat, supaya  ia  benar -benar  mampu  melahirkan  masyarakat  Brunei  yang berilmu pada semua peringkat umur.  Dalam   makna   lain,   pendidikan   kebangsaan   perlu lah   menyediakan  program -program  pendidikan  yang  dinamik  dan  FORWARD  LOOKING untuk   menghasilkan   ilmu   dan   kemahiran   bagi   keperluan–keperluan industri  dan  perkhidmatan–per khidmatan  tanpa  membelakangi  faktor-faktor nilai ."  (Petikan Titah Sempena Sambutan Hari Guru ke-13, 23 September 2003)

 

Seiring dengan perkembangan dan kemajuan zaman yang sentiasa membawa perubahan-perubahan drastic maka setentunya dunia pendidikan mesti sentiasa bersiap diri untuk berdepan dengan pelbagai cabaran yang dibawa oleh perubahan berkenaan terutama dalam era globalisasi yang selalunya menempatkan semua pihak dalam posisi dilema.

 

KUPU SB sebagai salah satu institusi pengajian tinggi adalah berperanan penting dalam membentuk dan mencetak pendidik dan tenaga guru yang holistik yang memiliki tiga bentuk kecerdasan sekaligus iaitu kecerdasan intelektual, emosional dan spritual turut bertanggung jawab untuk membekali mahasiswa dan guru pelatih yang belajar di dalamnya dengan pelbagai bekal yang menjadikannya mampu berdepanan dengan cabaran-cabaran masa hadapan yang lebih mencabar daripada zaman sebelumnya.

 

Dalam rangka merespon perkara diatas maka meneliti semula bahan-bahan pengajaran dan menyesuaikannnya dengan keperluan yang bersesuaian merupakan tradisi yang sentiasa dilakukan di KUPU SB termasuklah pengemaskinian program kokurikulum yang akan diberikan kepada penuntut dan para mahasiswa yang bertujuan untuk mencetak bakal pendidik yang memiliki daya saing tinggi dan mampu memberikan pencerahan kepada dirinya, masyarakat, bangsa dan negara. Kokurikulum yang dimaksud termasuk kokurikulum Kepimpinan, Kokurikulum Kemahiran Hayat,  Kokurikulum Kemahiran Jawi, Kokurikulum teras al-Quran dan Teras Amali Ugama.

 

Kepimpinan merupakan kemahiran penting dan asas yang diperlukan seseorang dalam menjayakan projek-projek dan menjayakan organisasi-organisasi yang dipercayakan untuk dipimpin. Dunia pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan institusi besar yang menghendaki pemimpin yang memiliki mimpi dan harapan besar yang dapat membawanya ke arah yang lebih berkesan, berwibawa, kharismatik, dan lebih berkualiti tinggi.

 

MATLAMAT PROGRAM

Matlamat program Kokurikulum ni diadakan adalah untuk membekali Mahasiswa dan Mahasiswi dengan kemahiran kepimpinan. Antara objektif yang dihasratkan ialah supaya Mahasiswa dapat:

1. Mengurus dan Mentadbir dirinya, kelompok, organisasi, dan tenaga manusia yang ada di bawahnya dengan benar dan tepat

2. memahami dan mengaplikasikan konsep-konsep dan teori-teori kepimpinan dengan benar dan tepat

3. Mengaplikasikan teori-teori kepimpinan yang berasaskan prinsip-prinsip Islam yang mengikut ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi, Ahlussunnah wal jamaah dan falsafah MIB.

4. Mampu menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pemikiran kritis.

 

SASARAN PROGRAM

Program Kokurikulum Kepimpinan ini ini disasarkan kepada:

  • Mahasiswa KUPU SB Program baru dengan Perincian seperti berikut;
  1. Mahasiswa Program PhD
  2. Mahasiswa Program Master
  3. Mahasiswa Program SMPU Tahun 1
  4. Mahasiswa Program SMPU Tahun 2
  5. Mahasiswa Program SMPU Tahun 3
  6. Mahasiswa Program SMPU Tahun 4
  7. Mahasiswa Program DTPU Tahun 1
  8. Mahasiswa Program DTPU Tahun 2
  9. Mahasiswa Program DTPU Tahun 3

 

TEMA-TEMA YANG AKAN DIBERIKAN

  1. Teori-Teori Kepimpinan Dan Pengurusan Nadi ditawarkan pada semeseter 1
  2. Bengkel Kepimpinan Mib ditawarkan di semester 4
  3. Teori Motivasi, Komunikasi, Dan Pemikiran Kritis ditawarkan di semester 6
  4. Kem Motivasi Kepimpinan ditawarkan di semester 8
  5. Kemahiran Komunikasi dan Interaksi MIB
  6. Pengucapan Umum

 

TARIKH DAN TEMPAT

Program ini akan ditawarkan kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan di atas dan bertempat di KUPU SB (Dewan Tarbiyah, Dewan Taklim dan Dewan Serbaguna) manakala masanya ialah setiap hari Sabtu pagi 10.00 am – 12 am atau Sabtu petang 02.00 pm - 04.00 pm dan hari Rabu petang 2.00 pm - 4.00 pm. (Tempat dan Masa dapat berubah mengikut keperluan)

 

FASILITATOR PROGRAM

Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dari KUPU SB antaranya:

  1. Dr Haji Noralizam bin Haji Ali Akbar
  2. Ustaz Ali Hardi bin Haji Mohammed
  3. Dr Ahmad Yunus bin Kassim
  4. Ustaz Shahrol Azmi
  5. Pegawai Adat Istiadat
  6. dan lain-lain (mengikut keperluan ).

 

PENDEKATAN PROGRAM

Program ini diselenggarakan dengan menggunakan pendekatan penerangan, demonstrasi, latihan, aktiviti dan perbincangan.

 

KEPERLUAN PROGRAM

Program ini memerlukan Projector, Wireless, Microphone dan Platform/Pentas untuk demonstrasi.

 

PENUTUP

Program ini merupakan kontribusi yang sangat bererti  untuk merealisasikan Misi, Visi dan Matlamat KUPU SB serta merealisasikan hasrat kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjadikan pendidikan di Brunei pendidikan yang Forward Looking.  Program ini diharapkan meningkatkan penghayatan mahasiswa dan mahasiswi  tentang konsep dan kepimpinan dalam mengurus dan mentadbir sebuah komuniti, kelompok dan organisasi.  Semoga rancangan ini akan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak dan  semoga usaha ini akan mendapat barakah dan redha dari Allah Ta'ala, Amin.