Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKemahiran Teras Perguruan Ugama

  1. PENDAHULUAN

Kokurikulum Asas Perguruan Ugama yang dikendalikan bagi semester I sesi 2016-2017 telah pun dilaksanakan sebagaimana jadual yang telah diaturkan. Kokurikulum Asas Perguruan Ugama telah bermula pada bulan September 2016 yang lalu hingga sekarang 2017. Kokurikulum Asas Perguruan Ugama ini memfokuskan meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam bidang bacaan al-Quran, Asas Amali Ugama dan Kemahiran Jawi.

 

 

2.   OBJEKTIF

 

2.1  Meningkatkan pengetahuan dan penguasaan kemahiran ilmu tajwid secara teori dan praktikal bagi membolehkan pelajar-pelajar dapat membaca, menghuraikan, mentakhrij hukum tajwid sebagai persiapan kemahiran seorang guru khususnya dalam subjek al-Quran.

2.2  Memberikan kefahaman terhadap perbezaan bacaan-bacaan dalam al-Quran dari aspek hukum tajwid dan tilawah bacaan secara Murattal dengan fasih dan lancar.

2.3 Dapat mengaplikasikan pengetahuan dan penguasaan kemahiran ilmu tajwid secara teori dan praktikal bagi membolehkan pelajar-pelajar dapat menulis, menghuraikan, mentakhrij hukum tajwid mengikut kaedah Rasm 'Uthmani.

2.4 Mengamalkan ibadat solat fardhu dan sunat dengan sempurna melalui bacaan, pemahaman makna dan pergerakan yang betul secara khusyu'.

 

2.5 Membaca dengan fasih dan faham wirid dan do'a-do'a selepas solat.

 

2.6 Mengamalkan dengan fasih dan faham do'a-do'a asas serta amalan siang dan malam.

Menyempurnakan jenazah dengan mahir merangkumi mandi, kapan, solat, Talqin dan Tahlil.

 2.7 Menulis, mengeja dan membaca Jawi dengan kaedah yang betul.

 

2.8 Menulis Jawi dengan tulisan dan bentuk betul, jelas dan cantik.

 

3.   TENAGA PENGAJAR

Tenaga pengajar yang mengajar Kokurikulum Asas Perguruan Ugama khususnya dalam Kemahiran al-Quran, Kemahiran Amali Ugama dan Kemahiran Jawi ini adalah terdiri dari staf akademik Pusat Ilmu Teras. Tenaga pengajar bagi Kokurikulum Asas Perguruan Ugama adalah seperti berikut:

 

3.1        Tenaga Pengajar Lelaki:

  1. Ustaz Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar                 
  2. Ustaz Haji Sharol Azmi bin Haj Abd Mulok               
  3. Ustaz Haji Zaharuddin bin Haji Ahmad                    
  4. Ustaz Haji Zainul Arifin bin Ridwan Lubis
  5. Ustaz Haji Manan bin Haji Osman                          

3.2       Tenaga Pengajar Perempuan:

  1. Ustazah Dk.Zainab binti Pg Haji Tuah 

4.    HARI, TEMPAT DAN MASA PELAKSANAAN

4.1       Kokurikulum Asas Perguruan Ugama dilaksanakan mengikut jadual yang telah diaturkan sebagaimana berikut:

BilAktiviti KokurikulumHariMasaTempat
1.Kemahiran al-QuranSetiap hari Isnin malam

Selepas solat fardhu Maghrib hingga masuk solat fardhu Isya'

 

Gabungan Siswa dan Siswi di Surau Siswa KUPU SB (lelaki)

 

 

2.Kemahiran Amali UgamaSetiap hari Sabtu 8.10 – 10 pagi

Dewan/Bilik-Bilik Kuliah / Murabbi

 

3.Kemahiran JawiSetiap hari Sabtu  8.10 – 10 pagi

Dewan/Bilik-Bilik Kuliah / Murabbi

 


5.   ISI KANDUNGAN KOKURIKULUM ASAS PERGURUAN UGAMA

5.1        Isi kandungan Kokurikulum Asas Perguruan Ugama yang dijalankan ini mengandungi beberapa tajuk asas yang utama iaitu:

BilIsi KandunganAspek Pelaksanaan

 

1.

 

Kemahiran al-Quran:

 

  • Hukum Tajwid
  • Surah-Surah Lazim
  • Surah Yassin
  • Juz 1 - 30

 

 

  • Kaedah Demonstrasi iaitu guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar ayat yang dibaca dengan penekanan makhraj/sifat huruf, hukum mad/ghunnah/ikhfa, tempat waqaf & ibtida yang baik.

 

  • Kaedah Latih Tubi dan kaedah hafazan iaitu mentasmie bacaan pelajar dengan membetulkan kesalahan secara berulang-ulang sehingga betul.

 

  • Kaedah Talaqqi dan Musyafahah iaitu memastikan pelajar dapat melihat cara pengucapan bacaan yang betul dalam makhraj huruf yang terdapat dalam bacaan.

 

  • Pelajar diarahkan myediakan buku khas bagi tujuan penulisan ayat atau mentakhrij hukum tajwid yang terdapat dalam ayat yang dibaca

 

2.

 

Kemahiran Amali Ugama:

 

 

 

  • Kaedah Demonstrasi iaitu guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar ayat yang dibaca dengan penekanan makhraj/sifat huruf, hukum mad/ghunnah/ikhfa, tempat waqaf & ibtida yang baik.

 

  • Kaedah Latih Tubi iaitu mentasmie bacaan pelajar dengan membetulkan kesalahan secara berulang-ulang sehingga betul.

 

  • Kaedah Talaqqi dan Musyafahah iaitu memastikan pelajar dapat melihat cara pengucapan bacaan yang betul dalam makhraj huruf yang terdapat dalam bacaan.

 

  • Pelajar diarahkan myediakan buku khas bagi tujuan penulisan bacaan dalam amali sembahyang dan maknanya agar pemahaman dan penghayatan dalam amalan akan lebih berkesan.

     

 

 

6.         PENILAIAN

6.1       Kriteria penilaian dalam KoKurikulum Asas Kemahiran Ugama merangkumi Kemahiran dalam bacaan al-Quran dan Kemahiran Amali Ugama. Penilaian bagi kedua-dua  jenis kemahiran ini mempunyai penilaian skala rubrik seperti berikut:

A :       10 – 9   (Cemerlang)

B :        8 – 7    (Baik)

C :        6 – 5    (Sederhana)

D :        4 – 3    (Lemah)

E :        2 – 1    (Gagal)

 

6.2       Huraian bagi penilaian skala rubrik bagi gred yang diperolehi  dalam bahagian bacaan al-Quran dan Amali Agama dengan nilai markah penuh 10 % yang dijalankan adalah seperti berikut:

a.      Kemahiran al-Quran

 

Gred

 

Huraian Gred



A

CEMERLANG

(Markah 10-9)

Fasih dan lancar membaca ayat al-Quran, bertajwid dan tidak terdapat sebarang kesalahan serta memiliki suara yang berbakat dan boleh menerapkan lagu-lagu al-Quran. 

B

BAIK

(Markah 8-7)

Fasih dan lancar membaca ayat al-Quran, tetapi kurang bertajwid pada sebahagian hukum-hukum seperti hukum ghunnah dan kadar mad yang kurang sempurna harakatnya serta memiliki suara yang berbakat dan boleh menerapkan lagu-lagu al-Quran. 

C

SEDERHANA 

(Markah 6-5)

Kurang fasih dan kurang lancar membaca ayat al-Quran, didapati banyak kelemahan pada hukum-hukum tajwid secara keseluruhan. Memiliki suara kurang lantang dan kurang mahir menerapkan lagu-lagu al-Quran. 

D

LEMAH

(Markah 4-3)

 

Tidak fasih dan tidak lancar membaca ayat al-Quran, didapati banyak kelemahan pada hukum-hukum tajwid secara keseluruhan. Memiliki suara kurang lantang dan tersekat-sekat dalam bacaan serta tidak mahir menerapkan lagu-lagu al-Quran. 

E

GAGAL

 (Markah 2-1)

Langsung tidak dapat membaca al-Quran  

 

 

b.      Kemahiran Amali Ugama

  • Aspek Hafazan Bacaan Amali

 

Gred

 

Huraian Gred



A

CEMERLANG

(Markah 10-9)

Fasih dan lancar membaca bacaan dalam amali sembahyang secara hafalan serta bertajwid dan tidak terdapat sebarang kesalahan serta memiliki suara yang baik, lantang dan jelas bacaan dan hafalannya.

 

 

B

BAIK

(Markah 8-7)

Fasih dan lancar membaca bacaan dalam amali sembahyang secara hafalan tetapi sedikit kekurangan pada sebahagian hukum-hukum tajwid seperti hukum ghunnah dan kadar mad serta memiliki suara yang baik, lantang dan jelas bacaan dan hafalannya.

 

 

C

SEDERHANA 

(Markah 6-5)

Kurang fasih dan kurang lancar membaca bacaan dalam amali sembahyang secara hafalan, didapati banyak kelemahan pada hukum-hukum tajwid secara keseluruhan. Memiliki suara kurang lantang, kurang jelas, tersekat-sekat dan songsang terbalik hafalannya.

 

 

D

LEMAH

(Markah 4-3)

 

Tidak fasih dan tidak lancar membaca bacaan dalam amali sembahyang secara hafalan, didapati kelemahan pada keseluruhan hafalan tanpa hukum-hukum tajwid yang baik. Memiliki suara kurang lantang, kurang jelas, tersekat-sekat dan tidak dapat menyelesaikan hafalan.

 

 

E

GAGAL

 (Markah 2-1)

 

Langsung tidak dapat membaca atau hafal bacaan dalam amali sembanyang.  

 

  • Aspek Praktikal Amali

 

Gred

 

Huraian Gred



A

CEMERLANG

(Markah 10-9)

Boleh mempraktikal dengan baik, sempurna dan tertib

 

 

B

BAIK

(Markah 8-7)

Boleh mempraktikalkan tetapi kurang sempurna dan kurang tertib

 

 

C

SEDERHANA 

(Markah 6-5)

Kurang sempurna dalam mempraktikalkan dan teragak-agak serta memerlukan bimbingan  dan latih tubi 

D

LEMAH

(Markah 4-3)

Tidak sempurna dalam mempraktikalkan, teragak-agak atau lupa serta memerlukan bimbingan  dan latih tubi

 

 

E

GAGAL

 (Markah 2-1)

Langsung tidak dapat mempraktikalkan  

 

 

7.   KESIMPULAN

Ke arah usaha mempertingkatkan tahap kemahiran pelajar adalah diharapkan kertas konsep yang disediakan ini akan dapat membantu objektif yang dihasratkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan dalam melahirkan pelajar-pelajar KUPU SB yang berkemahiran dan berkepandaian dalam membaca al-Qur'an dengan fasih dan lancar, seterusnya berkemahiran dalam hukum-hukum Tajwid.

Aspek kemahiran dalam amali ugama mengenai ibadat-ibadat asas dalam aspek fardhu 'ain dan kifayah juga diharapkan akan dapat dikuasai oleh para pelajar samada untuk amalan sendiri dan seterusnya akan diajarkan kepada para murid atau untuk dipraktikan bagi memenuhi jemputan masyarakat samada dalam majlis suka atau duka.

Begitu juga tidak ketinggalan betapa pentingnya khazanah melayu tua dalam memartabatkan tulisan jawi di kalangan generasi muda KUPU SB wajar didedahkan dan  dipraktikkan dengan sempurna dari segi kesenian dan bacaan serta cara membentuk huruf yang betul sebagaimana yang diajarkan dalam kokurikulum Asas Perguruan Ugama.

Justeru itu, ketiga-tiga aspek yang menjadi isi kandungan utama dalam kokurikulum Asas Perguruan Ugama diharapkan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar serta bersedia menerima sebarang penambahbaikan agar kokurikulum Asas Perguruan Ugama dapat dilaksanakan dengan jayanya sehingga melahirkan guru-guru ugama yang sentiasa bersiap siaga dengan kemahiran yang mantap dalam aspek bacaan al-Quran, Amali Ugama dan kemahiran tulisan Jawi.