Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKemahiran Hayat

PENDAHULUAN

Program Kemahiran Hayat adalah salah satu program kokurikulum yang ditawarkan oleh Pusat Ilmu Teras KUPU SB dan diselia oleh seorang penyelaras. Ianya ditawarkan kepada semua pelajar KUPU SB dari peringkat Diploma sehingga peringkat PhD. Program kokurikulum yang berkredit ini juga merupakan salah satu syarat bergraduat dan mula dilaksanakan pada tahun pengajian 2016/2017.

 

OBJEKTIF

Antara objektif program ini ialah:

  1. Melahirkan guru pelatih yang bercalak MIB, survival dan dinamik.
  2. Mendedahkan pengalaman dan tunjuk cara kemahiran hidup yang perlu diketahui dan dipelajari oleh seorang guru pelatih.
  3. Sebagai menyahut Wawasan Negara 2035 melahirkan generasi yang berkemahiran dari pelbagai aspek.

 

JENIS KEMAHIRAN HAYAT

Program Kemahiran Hayat mula ditawarkan pada semester I dan berkesinambungan hingga semester V bagi program Sarjana Muda Perguruan Ugama dan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama. Sementara itu, bagi pelajar program DPULI/SPU/PHD ianya ditawarkan selama dua (2) semester sahaja. Antara pengisiannya ialah:

  1. Semester I         : Pertolongan Cemas
  2. Semester II       : Kemahiran Voch Tech I/ Bengkel Adab MIB
  3. Semester III      : Kemahiran Voch Tech II
  4. Semster V          : Kemahiran Rumahtangga

 

SENARAI AKTIVITI

BILSEMESTERKEMAHIRANAKTIVITISASARAN
1Semester IPertolongan CemasTunjuk Cara Pertolongan CemasPhD/SPU/DPULI/ SMPU/DTPU Tahun 1
2Semester II

Kemahiran Voch Tech I

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bengkel Adab MIB

-Basic Refigeration & Air Conditioning

-Kemahiran Terapi Kecantikkan (Make Up)

-Teknologi Rekaan Fesyen (For Advance)

-Basic Plumbing

-Basic Food & Beverages Services

-Basic Food Preparation

 

Mempelajari Adab-adab MIB

SMPU/DTPU Tahun 1

 

 

 

 

 

 

 

 

PhD/SPU/DPULI/

SMPU/DTPU Tahun 1

3Semester IIIKemahiran Voch Tech IIPengendalian Projektor dan Alat KomputerSMPU/DTPU Tahun 2
4Semester VKemahiran Rumahtangga-belum dijalankanSMPU Tahun 3

 

Setiap pelajar dimestikan untuk menghadiri program Kemahiran Hayat sekali sahaja setiap semester. Penilaian akan diukur melalui kehadiran dan praktikal di setiap program yang dianjurkan.

 

PENUTUP

Program Kemahiran Hayat ini diharap akan dapat mencapai objektifnya sesuai dengan misi dan visi KUPU SB. Ia juga diharap menjadi inspirasi kepada guru pelatih untuk berbakti kepada masyarakat umumnya dan kepada keluarga khasnya dengan mengaplikasikan latihan yang disediakan. Selain itu penglibatan semua pelajar dan kerjasama semua pihak yang berkepentingan amat diharapkan bagi melicinkan dan menjayakan program ini.