Fakulti ini diketuai oleh seorang Dekan dan dibantu oleh seorang Timbalan Dekan serta mempunyai sepuluh (10) orang tenaga akademik daripada kalangan warga tempatan dan luar negara yang berjawatan Penolong Kanan Profesor, Penolong Profesor, Pensyarah dan Penolong Pensyarah. Fakulti ini juga mempunyai tiga orang staf non-akademik iaitu seorang Penolong Pendaftar (i-Ready), seorang Pegawai Kegiatan (i-Ready) dan Pekerja Sambilan bagi memudahkan sebarang urusan pentadbiran.
MISI
Memartabatkan ilmu dalam bidang Usuluddin dan perguruan Ugama melalui pengajaran-pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.
MATLAMAT
Melahirkan dan membentuk sumber tenaga guru dan pendidik yang bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia, berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa menjalankan perintah Allah dan mengamalkan Sunnah Rasullullah Salallahu 'Alaihi Wassallam serta menyebarkan dakwah Islamiyyah ke seluruh alam. Bertanggungjawab dalam menyampaikan dan mengembangkan ilmu Usuluddin dalam pelbagai media, metod, penyelidikan dan pentadbiran.
OBJEKTIF
- Mengadakan program akademik dan latihan perguruan yang berkualiti bagi keperluan ugama, bangsa dan negara.
- Melatih, membekal serta membangunkan sumber manusia yang bertakwa, berwibawa, proaktif serta berketrampilan dan bertanggungjawab.
- Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan yang berkualiti serta bermanfaat bagi kepentingan umat sejagat.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Fakulti Usuluddin bertanggungjawab menyedia, menawar dan menilai program yang berkaitan dengan bidang Usuluddin. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu, kecuali Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Empat (4) program yang ditawarkan ialah:
- Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Diploma Pengajian Tauhid
- Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith.