PENGENALAN
Fakulti Pendidikan Sains Kemasyarakatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan telah ditubuhkan setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam pada majlis konvokesyen ke-11 KUPU SB, 16 Rejab 1443H bersamaan 17hb Februari 2022M.
MATLAMAT
Bertekad dan beriltizam untuk melahirkan graduan yang memiliki kompetensi modal insan sebagai pendidik, jurulatih, pengurus, pengusaha yang kreatif dan inovatif dalam bidang sejarah dan tamadun, sastera, sains sukan, pendidikan jasmani, kejurulatihan dan keusahawanan.
VISI
Menjadi fakulti yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Sains Kemasyarakatan bagi melahirkan graduan modal insan yang soleh, peka dan berwibawa, berjati diri Melayu Islam Beraja yang kompeten secara holistik, yang berilmu dan beramal serta mampu mengajarkannya dengan berkesan kepada pelajar dan masyarakat demi kebajikan dan ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
MISI
Menjana dan menatar ilmu melalui bidang pendidikan, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks Pendidikan Sains Kemasyarakatan selaras dengan visi dan misi universiti.
OBJEKTIF
1. Mewujudkan program pengajian Sains kemasyarakatan yang menjurus kepada bidang pendidikan selaras dengan penubuhan KUPU SB sebagai universiti pendidikan.
2. Melahirkan graduan yang terlatih dalam pelbagai bidang ilmu pengajian pendidikan sains sosial dan kemasyarakatan.
3. Mempertingkatkan aktiviti pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan pelbagai kegiatan kesarjanaan yang sesuai dengan peranan hakiki sebuah institusi pengajian tinggi.
4. Menyediakan modal insan generasi pendidik yang peka dan berwibawa dalam menerajui pendidikan negara pada masa hadapan selaras dengan misi dan visi universiti.
5. Meningkatkan kemahiran dan penguasaan dalam bidang Sains Kemasyarakatan dalam kalangan pelajar, masyarakat dan agensi luar melalui peluang latihan dan kursus yang disediakan.
6. Menjalin kolaborasi dengan sektor awam dan swasta untuk latihan, penyelidikan dan perundingan berkaitan Sains Kemasyarakatan Islam untuk keperluan perkembangan profesional.
7. Mengambil bahagian secara aktif dalam kerja kemasyarakatan yang berkaitan dengan pendidikan sains kemasyarakatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA (PENDIDIKAN ISLAM)
SYARAT KEMASUKAN
Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
- Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
- Diploma 'Aliyah Qiraat dari ITQSHHB atau yang sebanding dengannya.
- STPUB: Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB).
- A Level: Lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata pelajaran dengan memperolehi sekurang-kurangnya pangkat 'C' termasuk salah satu daripadanya Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'A' atau yang sebanding dengannya dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau manamana sijil yang sebanding dengannya.
Calon dikehendaki:- Boleh membaca al-Qur'an dengan baik.
- Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
- Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.
Jawatankuasa Kemasukan KUPU SB boleh mempertimbangkan permohonan sebagai pemohon matang tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Mempunyai pengalaman mengajar tidak kurang daripada lima (5) tahun.
- Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
- Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran ugama dalam Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan memperolehi Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dengan mendapat sekurangkurangnya pangkat Jayyid. ii. Lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sama ada Syariah atau Usuluddin dalam BruneiCambridge GCE peringkat 'A' yang sebanding dengannya.
- Memperolehi sekurang-kurangnya kepujian empat (4) mata pelajaran dalam Brunei-Cambridge GCE peringkat 'O' termasuk Pengetahuan Ugama Islam dan Bahasa Melayu.
- Lulus Sijil Latihan Perguruan Ugama atau yang sebanding dengannya daripada institusi-institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.
- Lulus dalam ujian kelayakan.
PROGRAM DIPLOMA TERTINGGI PERGURUAN UGAMA (PENDIDIKAN ISLAM)
SYARAT KEMASUKAN
Memperolehi salah satu kelulusan berikut:
- Diploma Perguruan Ugama dari KUPU SB atau yang sebanding dengannya.
- A Level: Lulus sekurang-kurangnya satu (1) mata pelajaran sama ada Usuluddin atau Syariah dalam Brunei-Cambridge GCE 'A' atau yang sebanding dengannya, dan lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama Brunei (SSRU) atau mana-mana sijil yang sebanding dengannya.
- Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB): Lulus sekurang-kurangnya Aggregrate 20 dan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid Jiddan dalam mata pelajaran al-Qur'an al-Kareem. Hanya pemohon yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran dengan pangkat Jayyid dan ke atas sahaja akan dipertimbangkan. Bagi program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama (Pendidikan Bahasa Arab), Memperolehi pangkat MUMTAZ dalam Lughah Arabiyyah dan Qawaid Arabiyyah atau yang sebanding dengannya adalah satu keutamaan.
Calon dikehendaki:
- Boleh membaca al-Qur'an dengan baik.
- Boleh membaca dan menulis jawi dengan baik.
- Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.
Timbalan Dekan (Pendidikan) / Penolong Pensyarah
E-mel : humaizi.samihon@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Ruziah binti Abdul Karim
Timbalan Dekan (Sains Kemasyarakatan) / Pensyarah
E-mel : ruziah.karim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Pengiran Haji Amirul Amin bin Pengiran Haji Jamaluddin
Penolong Pendaftar
E-mel : amirul.jamaluddin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
STAF AKADEMIK
Dr. Ismail Abas
Penolong Kanan Profesor
E-mel : ismail.abas@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Dr Ahmad Yunus bin Kasim
Penolong Kanan Profesor
E-mel : yunus.kasim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Dr. Hajah Norwati binti Haji Abu Bakar Penolong Profesor
E-mel : norwati.bakar@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Dr. Kharhan bin Haji Jait
Penolong Profesor
E-mel : kharhan.jait@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Prof. Madya Dr. Muhammad Zahiri bin Awang Mat
Penyelaras Program Pengajian / Profesor Madya
E-mel : zahiri.mat@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Ali Hardi bin Haji Mohamed
Penolong Pensyarah
E-mel : hardi.mohamed@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Norapizah binti Haji Zalani
Penolong Pensyarah
E-mel : norapizah.zalani@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Pengiran Siti Katijah binti Pengiran Sulaiman
Penolong Pensyarah
E-mel : katijah.sulaiman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Haji Muhammad Khairul Azhar bin Idris
Penolong Pensyarah
E-mel : azhar.idris@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
PERKERANIAN
Hajah Nurul Hidarani binti Haji Mohin
Pekerja Tingkat I
E-mel : hidarani.mohin@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Dayangku Siti Nuraqilah Nadirah binti Pengiran Abd Rahman
Pekerja Tingkat II
E-mel : nuraqilah.abdrahman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Hajah Mina binti Haji Mail
Pengendali Mesin Pembuat Plet Tingkat III
E-mel : mina.mail@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277
Ak. Muhammad Haziq bin Pg. Rosli
Sukarelawan
E-mel : aziq.rosli@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277