Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBahagian Hal Ehwal Akademik

​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​PENGENALAN

Bahagian Hal Ehwal Akademik, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2007 iaitu susulan penaiktarafan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). Bahagian ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pentadbiran dan pengurusan hal ehwal yang berkaitan akademik sama ada dari sudut Perkuliahan, Peperiksaan, Kemasukan, Rekod Pelajar, Pengijazahan dan sebagai urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan akademik di KUPU SB.

Pada masa ini pengurusan akademik dibahagikan kepada tiga unit yang bernaung di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik iaitu; 
  1. Unit Pentadbiran Akademik dan Senat, 
  2. Unit Peperiksaan dan Pengijazahan, dan 
  3. Unit Kemasukan dan Rekod Pelajar. 
VISI

Sebagai pusat pengurusan akademik yang Islamik, dinamik dan progresif.

MISI

Memberikan perkhidmatan akademik melalui pengurusan dan pentadbiran yang berlandaskan peraturan selaras dengan misi dan visi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

OBJEKTIF

      1. Memberi perkhidmatan akademik kepada staf-staf akademik, pelajar dan pihak-pihak lain yang berkaitan.
      2. Mengurus perjalanan dan mengambil tindakan kepada mesyuarat-mesyuarat utama yang berkaitan akademik.
      3. Memastikan pengurusan proses kemasukan dan pengemaskinian rekod pelajar adalah teratur mengikut prosedur dan bersistematik.
      4. Mengurus perjalanan peperiksaan dan pengijazahan pelajar selaras dengan peraturan peperiksaan yang diguna-pakai.
      5. Memberi khidmat nasihat atau konsultasi yang berkaitan dengan akademik kepada pelajar dan pihak-pihak tertentu.


SUMBER MANUSIA

Adi Rani Soffian bin Abdul Rahman
Penolong Pendaftar (Akademik)
E-mel :  adi.rahman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ext 156

Abdullah bin Haji Zaini
Penolong Pendaftar (Peperiksaan)
E-mel :  abdullah.zaini@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ext 403

Hajah Siti Rasidah binti Haji Jumat
Pegawai Pelajaran/
Penolong Pendaftar (Kemasukan dan Rekod Pelajar)
E-mel :  rasidah.jumat@kupu-​sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ext 203

Mordiah binti Haji Taib
Penolong Pegawai Peperiksaan
E-mel :  mordiah.taib@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ext 203

Saunah binti Haji Buang
Penjilid Tingkat IV
E-mel :  saunah.buang@kupu-sb.edu.bn
No. Tel : 2 236277

Pengiran Safamahathir Al-Furqan bin Pengiran Mohamed
Pekerja Tingkat I
E-mel :  alfurqan.mohamed@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Haji Abd Hakim bin Dr Haji Roslan
Pekerja Sambilan
E-mel :  hakim.roslan@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 


TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT-UNIT DI BAWAH BHEA

Secara umumnya BHEA bertanggungjawab untuk mengurus perkara-perkara yang berkaitan hal ehwal akademik di KUPU SB yang dapat dijelaskan melalui fungsi unit-unit di bawahnya seperti berikut:


UNIT PENTADBIRAN AM AKADEMIK DAN SENAT
  • Penyelarasan dan penyediaan Dasar dan Garis Panduan berkaitan Hal EHwal Akademik KUPU SB.
  • Menyediakan Taqwim dan Rancangan Tahunan KUPU SB yang berkaitan dengan fakulti dan pusat.
  • Pengurusan Mesyuarat Hal EHwal Akademik (sebagai urus setia) iaitu;

  1. Senat KUPU SB,
  2. Jawatankuasa Perancangan dan Pemantauan Akademik Universiti (JPPAU),
  3. Jawatankuasa Persidangan dan Cuti Persidangan (JPCP), dan 
  4. Jawatankuasa Pengiktirafan Kelulusan bagi Tujuan Kemasukan Mengikuti Pengajian di KUPU SB (JKPK).

  • Mengurus proses pengesahan, kelulusan dan pengiktirafan program baharu, penstrukturan/semakan semula kurikulum, membantu menyediakan peraturan atau panduan berkaitan kurikulum pengajian.
  • Bertanggungjawab dalam menyediakan dan menetapkan kod-kod bagi setiap kursus yang ditawarkan.
  • Memantau proses pendaftaran kursus bagi setiap semester selaras dengan struktur dan penawaran kursus bagi setiap semester pengajian.
  • Merancang, membina, menyelaras dan memantau Jadual Waktu Kuliah dan penggunaan dewan, bilik-bilik kuliah dan tutorial selaras dengan penawaran kursus daripada fakulti-fakulti.
  • Menerima borang-borang Permohonan Menghadiri Persidangan dan Cuti Persidangan (Borang PCP) untuk dimesyuaratkan dalam mesyuarat JPCP sebelum menghadapkan hasil daripada mesyuarat berkenaan ke Bahagian Pentadbiran KUPU SB untuk tindakan susulan mengenainya.
  • Memberikan khidmat nasihat dan konsultasi kepada pensyarah dan pelajar yang berkaitan dengan hal ehwal pengajian di KUPU SB.
  • Tugas-tugas lain berkaitan yang diarahkan dari ketua dari semasa ke semasa.

UNIT KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR
  • Mengurus kemasukan dan pendaftaran pelajar baharu pra-siswazah setiap sesi pengajian mengikut dasar dan ketetapan KUPU SB dan pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Membantu Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan dalam pengurusan kemasukan pelajar-pelajar Pasca-Siswazah.
  • Sebagai Urus Setia kepada mesyuarat Jawatankuasa Kemasukan (JKK) KUPU SB.
  • Menyelaras penyediaan Iklan kemasukan berdasarkan keputusan mesyuarat JKK untuk setiap tahun pengambilan.
  • Melibatkan diri dalam promosi pengajian di KUPU SB dalam bentuk jerayawara, pameran, ekspo dalam dan luar negara dan memberikan khidmat konsultasi kepada calon-calon untuk memilih program dan bidang mengikut kesesuaian.
  • Mengurus permohonan dan memproses borang-borang kemasukan mengikuti pengajian di KUPU SB untuk semua program yang ditawarkan.
  • Pengurusan temuduga kemasukan dan penapisan calon-calon yang layak ditemuduga mengikut program-program yang dipohonkan selaras dengan keperluan fakulti yang berkaitan.
  • Menyediakan dan mengemaskini rekod pelajar sepanjang pengajian mereka di KUPU SB.
  • Menyediakan senarai nama pelajar yang terkini bagi setiap semester pengajian berpandukan keputusan peperiksaan akhir semester bagi tujuan pendaftaran ke semester berikutnya.
  • Menyediakan statistik keramaian pelajar dan graduan setiap tahun.
  • Perhubungan dengan pihak luar yang berkaitan dengan proses dan prosedur kemasukan sama ada dalam dan luar negara.
  • Tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan dari ketua dari semasa ke semasa.

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN
  • Memantau perlaksanaan peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa sepanjang pengajian dan menyusun serta menyediakan jadual pengurusan peperiksaan bagi setiap semester untuk diedarkan kepada fakulti-fakulti.
  • Mengurus dan menyelaras pendaftaran kursus dan mengeluarkan slip pendaftaran peperiksaan pelajar bagi setiap semester pengajian dengan penyelarasan kursus-kursus yang ditawarkan untuk setiap program.
  • Menerima, memproses dan memastikan keselamatan kertas-kertas soalan peperiksaan akhir, peperiksaan ulangan, peperiksaan khas dan peperiksaan tambahan.
  • Membuat susulan tindakan kepada fakulti-fakulti berkaitan dengan jadual pengurusan peperiksaan mengikut prosedur dan garis masa (timeline) yang ditetapkan.
  • Menyediakan pangkalan data (database) bagi pemprosesan markah-markah, gred dan nilai gred setiap peperiksaan berpandukan kepada peraturan peperiksaan yang berkuatkuasa.
  • Mengeluarkan surat-surat amaran, penghalangan peperiksaan dan maklumat peperiksaan susulan permakluman dan permohonan daripada fakulti/pusat.
  • Menyelaras markah dan gred yang diperolehi dari universiti lain untuk pelajar yang dalam Program Pertukaran Pelajar (SEP) dan Program Belajar di Luar Negara (SAP) selaras dengan ketetapan penyetaraan kredit daripada fakulti yang berkaitan.
  • Menyedia, membangun dan mengurus jadual Waktu Peperiksaan setap semester pengajian dengan mengambil perhatian kepada kursus-kursus kritikal yang ditetapkan oleh fakulti/pusat.
  • Urus setia kepada mesyuarat Lembaga Peperiksaan Kolej Universiti (LPKU) dan Lembaga Pemeriksa Lepas Ijazah (LPLI) serta membantu fakulti dalam pengurusan mesyuarat Lembaga Peperiksaan Fakulti (LPF) dalam penyediaan bahan-bahan agenda.
  • Bertanggungjawab mengeluarkan slip peperiksaan setiap semester dan penyediaan transkripsi keseluruhan keputusan serta menyediakan sijil-sijil graduan dan segala pengurusan yang berkaitan dengan pengijazahan.
  • Tugas-tugas lain berkaitan yang diarahkan oleh ketua dari semasa ke semasa.
PORTAL MUAT-T​​​​​​URU​N PELAJAR

Dokumen tersedia untuk muat-turun:
  • Slip keputusan peperiksaan Semester II Sesi 2022/2023 (2223S2).
  • Transkripsi dan Surat Pengesahan Lulus bagi lulusan/graduan 2023.
  • Slip Pendaftaran Peperiksaan Akhir (SPPA) 2324S1
Pautan mansuh pada 31 Disember 2023

_______________________________

PORTAL PENDAFTARAN KURSUS PENGAJIAN (PKP)-PELAJAR
(Daftar dan semak kursus )
Ke portal>
_______________________________

MAKLUMAT PERKULIAHAN ​

(Semester Januari 2023/2024)


Senarai Kursus dan Pensyarah mengikut Program>

_______________________

MAKLUMAT PEPERIKSAAN

Jadual Peperiksaan Akhir Semester:
Lihat jadual>
  Kemaskini 28 April 2023


Keputusan Peperiksaan:
Semester II 2022/2023​​
Kemaskini 01 (03 Ogos 2023)
Kemaskini 02​ (14 Ogos 2023)
Kemaskini 03 (06 September 2023)
Kemaskini 04​ (22 September 2023)
______________________________​
​​​
MAKLUMAT PENGIJAZAHAN

GRADUAN/TAMAT PENGAJIAN

  • Bakal Graduan:
* Lengkapkan Borang (dalam talian) Maklumat Bakal Graduan. Isi sekarang

* Lengkapkan Borang Pelepasan. muat turun
______________________________

MUAT TURUN BORANG
______________________________

MAKLUMAT KEMASUKAN

PERMOHONAN KEMASUKAN 
Admission Application
Sesi Ogos 2024/August 2024 Session
  • Informasi dan pendaftaran.
  • Permohonan biasa (Kini dibukakan 17 Februari hingga 16 Mac 2024)
  • Permohonan melalui / Application through Brunei Darussalam Government Scholarship (BDGS) (Closed) For Foreign Student
______________________________

HUBUNGI KAMI
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan
KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA 2111
Negara Brunei Darussalam
Tel: (+673) 2236277
E-mel :  hea@kupu-sb.edu.bn