Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MENJAGA NILAI PUASA

TUTONG, Sabtu, 3 April. - Tahap manusia dalam melakukan ibadah puasa itu adalah berbeza-beza antara satu dengan yang lain.

Dalam keadaan orang yang berpuasa itu, ia melakukan amalan soleh dengan mengerjakan perkara-perkara yang wajib mahupun yang sunat.

program aswj01.jpg

PENOLONG Ketua Penerbitan, Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Nazirul Mubin bin Ahad semasa menyampaikan ceramah.

Penolong Ketua Penerbitan, Pusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Nazirul Mubin bin Ahad menjelaskan perkara itu pada Program Liqa' Ilmi Ahli Sunnah Waljama'ah yang membawakan ceramah bertajuk 'Amalan-amalan Sunnah di bulan Ramadan' yang berlangsung di Masjid Kampung Sinaut, di sini.

Selain itu, terangnya, kita hendaklah tidak mensia-siakan bulan Ramadan. Puasa bukanlah hanya menahan makan dan minum saja, akan tetapi puasa adalah menahan dan menjaga diri kita daripada nafsu dan sebagainya.

program aswj02.jpg

ANTARA yang hadir pada Program Liqa' Ilmi Ahli Sunnah Waljama'ah

Tambahnya, kita hendaklah sentiasa melakukan amal soleh dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

Program berkenaan adalah anjuran bersama Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama'ah KUPU SB, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan masjid-masjid terpilih di Negara Brunei Darussalam.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 5 April 2021. Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim)

Attachments