Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BENDERA LAMBANG KEKUATAN, KEUNGGULAN, KEDAULATAN SESEBUAH NEGARA

TEMBURONG, Sabtu, 13 Februari. - Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-37, Tahun 2021, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rataie, Daerah Temburong mengadakan Majlis Syarahan Khas, bertajuk 'Bendera Dalam Sirah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam'.

Acara tersebut berlangsung di Masjid RPN Kampung Rataie, Daerah Temburong.

Menyampaikan Syarahan Khas tersebut, Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Awang Basar.

syarahan_khas.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan semasa menyampaikan Syarahan Khas, bertajuk 'Bendera Dalam Sirah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam'.

Antara tujuan acara ini diadakan adalah untuk menyatakan betapa pentingnya bendera dalam memperlihatkan identiti sesebuah negara.

Selain itu, menjadikan bendera negara lambang kekuatan, keunggulan dan kedaulatan sesebuah negara, seterusnya mentaati perintah raja dan negara dalam sama-sama menaikkan bendera negara agar keunggulan negara tidak akan dipijak, dibiarkan dan dihina.

Acara ini juga bertujuan sebagai salah satu aktiviti syarahan dalam memakmurkan masjid.

Acara seumpama ini, seterusnya akan berlangsung di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri, pada Ahad, 14 Februari 2021 selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi sama-sama mendengar Syarahan Khas berkenaan.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 15 Februari 2021. Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Hal Ehwal Masjid)


Attachments