Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MEDAN PENCERAHAN, PENYEBARAN ILMU

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 4 Januari. - Menyediakan persekitaran yang baik dan Islamik serta melahirkan generasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab merupakan peranan utama sesebuah institusi keluarga.

Justeru, masyarakat perlu peka dan mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing termasuk dalam menangani krisis rumah tangga, keruntuhan keluarga, pengabaian tanggungjawab dan sebagainya.

Sehubungan itu, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat kajian Fiqh al-Usrah akan mengadakan Program Jaulah Fiqh al-Usrah iaitu mengadakan Kuliah Fardu Maghrib dan Isyak secara mingguan iaitu bermula pada 8 Januari hingga 26 Mac 2021 bertempat di masjidmasjid terpilih di keempatempat daerah di Negara Brunei Darussalam, termasuk Masjid Kampung Beribi, Daerah Brunei dan Muara, Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong, Masjid Lorong 3, Seria, Daerah Belait dan Masjid Kampung Batu Apoi, Daerah Temburong.

pencerahan01.jpg

Program tersebut diadakan untuk menjadi medan pencerahan dan penyebaran ilmu berkaitan dengan kekeluargaan daripada aspek pendidikan, undangundang, bimbingan dan kaunseling, psikologi, sosiologi dan tanggungjawab individu dalam keluarga dan masyarakat.

Selain itu, menekankan Tarbiyah Islamiyyah sebagai asas dan pegangan hidup. Seterusnya, ia juga berobjektif untuk memberikan penjelasan tentang ilmu keibubapaan dan pendidikan kekeluargaan khususnya dalam konteks Melayu Islam Beraja (MIB) dan Negara Zikir.

Dalam masa yang sama, menjadikan institusi masjid sebagai medan tarbiyah dari segi mental dan rohani bagi pembentukan serta pembangunan keluarga yang mesra dan dekat dengan masjid.

Beberapa tajuk yang akan disampaikan dalam Kuliah Maghrib dan Isyak nanti termasuk 'Keluarga Cinta Al-Quran', 'Anak sebagai Saham', 'Tanggungjawab Suami Isteri Dalam Rumahtangga', 'Membentuk Syakhsiah Anak Menurut Al-Quran dan Sunnah', 'Amalan Harian Untuk Keluarga Berkah', 'Siapa Idola Anakmu' dan 'Solat Sebagai Tarbiyah Utama Kanak-Kanak' yang akan disampaikan oleh para Pensyarah KUPU SB.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut, bolehlah menghubungi Pusat kajian Fiqh al-Usrah, KUPU SB melalui talian +673 223627.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 07 Januari 2021 oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)


Attachments