Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KUPU SB LAHIRKAN PENDIDIK, PEMIMPIN BERDAYA SAING

BERAKAS, Isnin, 23 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat mengurniakan ijazah dan diploma kepada para graduan pada Majlis Konvokesyen Ke-10 KUPU SB. 

Majlis berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

konvo10_01-1.png konvo10_01-2.jpg

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor KUPU SB berkenan berangkat ke Majlis Konvokesyen Ke-10 KUPU SB, yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.  

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar; dan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. 

Perarakan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia didahului dengan pengusungan mushaf Al-Quran yang dibawa masuk oleh penulis mushaf KUPU SB, Awang Mohd. Adi Yusnira bin Haji Johari ke dalam dewan. 

Majlis diteruskan dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan' dan bacaan Surah Al-Fatihah, dipimpin oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. 

konvo10_02-1.jpg

SEBAHAGIAN daripada ibu bapa dan keluarga para graduan yang diraikan pada majlis tersebut (kiri). Sementara gambar bawah kiri, para graduan setelah menerima sijil masing-masing. Manakala gambar bawah, antara graduan yang diraikan.

konvo10_02-2.jpg

Manakala, bacaan Surah Al-Muddatstsir, ayat 1 hingga 16, dibacakan oleh para graduan dan inti sari ayat dibacakan oleh mahasiswa Program Sarjana Muda Perguruan Ugama, Abdul Hadi Nasrullah bin Ashraf. 

Inti sari ayat menjelaskan, bahawa Allah Subhanahu Wata'ala memerintahkan semua orang Islam untuk segera bangun memberikan peringatan kepada manusia untuk menyembah dan mengagungkan Allah Subhanahu Wata'ala kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wata'ala yang mengurniakan harta kekayaan juga anak pinak yang banyak kepada hamba-Nya dan memudahkan mereka mendapatkan kekayaan juga kekuasaan itu, namun kebanyakan manusia selalu bersifat tamak, degil dan ingkar. 

Majlis disusuli dengan sembah alu-aluan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan. 

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah, seterusnya menyempurnakan Ijazah dan Diploma kepada 251 graduan. 

konvo10_04-1.jpg

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor KUPU SB berkenan beramah mesra bersama para graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-10 KUPU SB (atas), sementara gambar bawah, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

konvo10_04-2.jpg

Daripada jumlah tersebut, seorang graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama dalam Kajian Ahli Sunnah Waljama'ah; 16 graduan dianugerahkan Ijazah Sarjana Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam; dua graduan menerima Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin); 31 graduan menerima Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah; dan enam graduan menerima Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah (pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua). 

konvo10_05.jpg

KEGEMBIRAAN para Graduan KUPU SB dengan kejayaan yang diraih dikongsi bersama ibu bapa dan keluarga yang sentiasa memberi sokongan.


konvo10_06.png

KEBAWAH DYMM berkenan beramah mesra dan berswafoto bersama para graduan yang diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-10 KUPU SB berkenaan (atas,bawah).

konvo10_07.png

Sementara itu, dua graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Dakwah dan Kepimpinan; 10 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Falsafah dan Pemikiran Islam; 13 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Fiqh Usrah; 10 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Inovasi dan Teknologi Pendidikan Islam; tujuh graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor Keusahawanan dalam Pendidikan Islam; 15 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Kewangan Islam; 15 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor Pendidikan Awal Kanak-kanak; 15 graduan menerima Ijazah Program Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling; 15 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pendidikan Khas (Masalah pembelajaran); 14 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pendidikan Melayu Islam Beraja; tujuh graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pendidikan Sains Kesihatan; dua graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pendidikan Seni Islam; dan 11 graduan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam, dengan minor dalam Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah. 

konvo10_08.png

KEBAWAH DYMM berkenan bergambar ramai bersama Pengerusi dan Ahli-ahli Majlis KUPU SB dan Senat, Ra'es, pegawai-pegawai utama, ahli-ahli akademik serta kakitangan KUPU SB.


Manakala, 57 graduan menerima Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dalam Pendidikan Islam; dan dua graduan menerima Diploma Pengajian Kitab Turath. 

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan. 

konvo10_05.jpg

KEJAYAAN yang diabadikan bersama keluarga tersayang yang sentiasa memberikan dorongan dalam menuntut ilmu di menara gading 

Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Perguruan Ugama di Negara Brunei Darussalam, KUPU SB bertanggungjawab melahirkan pendidik dan pemimpin bertakwa, berwibawa, berakhlak mulia, berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi juga komited. 

Oleh itu, setiap pelajar yang akan menjadi pendidik dipastikan untuk mendapatkan seluruh ilmu, adab dan kemahiran yang diwajibkan bagi memenuhi keperluan abad ini dan sentiasa bersedia dengan segala perubahan dengan sentiasa memegang kukuh ajaran agama Islam, iaitu berpandukan Ahli Sunnah Waljamaah dan menjaga Falsafah Negara, Melayu Islam Beraja.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 25 November 2020 oleh Marlinawaty Hussin / Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Muhammad Asri Haji Awang Abas)

Attachments