Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAHASISWA KUPU SB TAHUN 1 TERIMA MUSHAF BRUNEI DARUSSALAM

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 17 Ogos. - Mahasiswa dan Mahasiswi Tahun 1 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini menerima Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahan yang diinfaq oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kepada KUPU SB pada 15 Ogos 2020 lalu.

Penyerahan mushaf tersebut diadakan pada Majlis Program Kepimpinan Syakhsiah MIB, yang diadakan di Dewan Tarbiyah KUPU SB, di sini.


RA'ES KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar hadir bagi menyaksikan penyerahan Mushaf Brunei Darussalam dan Terjemahan kepada mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB di Majlis Program Kepimpinan Syakhsiah MIB, di Dewan Tarbiyah KUPU SB.

Hadir bagi menyerahkan mushaf tersebut kepada para mahasiswa ialah Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha, manakala penyerahan mushaf bagi para mahasiswi ialah Pemangku Penolong Ra'es KUPU SB, Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh.

Penyerahan mushaf tersebut disaksikan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Menurut Awang Muhd. Noor Syahmi bin Mazne, mahasiswa Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Tahun 1, beliau mengucapkan syukur dan merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak JPA, khususnya atas pemberian mushaf tersebut dan berdoa semoga dengan adanya mushaf ini, yang bukan sahaja bermanfaat sebagai rujukan dalam pengajiannya, tetapi ia akan sentiasa dijaga dan diamalkan sepanjang hayatnya untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 19 Ogos 2020 oleh KUPU SB)


Attachments