Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MU’TAMAR PERKASA BAHASA ARAB DI NBD

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Disember. - Dalam meningkatkan peluang dan mutu pengajaran serta pembelajaran bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam untuk membawa kembali kegemilangan umat Islam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam mengadakan Mu'tamar Bahasa Arab Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2019 yang diadakan di Dewan Tarbiyah, KUPUSB, di sini, dalam usaha bagi menyediakan landasan saling berkongsi kelebihan dan bekerjasama.

Mu'tamar Bahasa Arab Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2019 merupakan kali ke-2 diadakan dan dihasratkan untuk menjadi wadah bagi mengeratkan kerjasama pelbagai pihak di Negara Brunei Darussalam dalam mengembangkan peluang dan mutu pengajaran bahasa Arab dalam mengukuhkan jati diri negara zikir.


MENANDATANGANI bagi pihak UNISSA ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab Prof. Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad dan Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha, bagi pihak KUPU SB

Ke arah itu, Mu'tamar ini diharapkan mencapai tujuan berikut, iaitu perkongsian maklumat Pengajaran Bahasa Arab antara institusi di Negara Brunei Darussalam; mengenal pasti ruang kerjasama dalam pengajaran bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam dan merancang pelbagai kerjasama antara institusi. 

Terdahulu acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' dan Doa Selamat yang dibacakan oleh mahasiswa Program Sarjana Bahasa Arab, KUPU SB, Awang Azizi @ Amaludin bin Haji Mokim.

Sementara itu, Pemangku Timbalan Ra'es KUPU SB, Dr. Abang Haji Hadzmin bin Haji Abang Taha semasa menyampaikan kata alu-aluannya antara lain menyampaikan penghargaan kepada semua jemputan yang hadir bagi sama-sama membincangkan mengenai kemajuan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.

Beliau mengharapkan agar Mu'tamar yang diadakan ini boleh menjadi wadah dalam memantapkan lagi kerjasama semua agensi-agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan dengan pendidikan bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam.

SALAH seorang peserta semasa mengutarakan persoalan mengenai Bahasa Arab dalam peperiksaan kemasukan ke sekolah Arab di negara ini.

Sesi pembentangan, perbincangan dan perancangan berfokuskan kepada visi, misi dan matlamat serta perancangan setiap jabatan, bahagian dan sekolah dalam mengembangkan lagi bahasa Arab di Negara Brunei Darussalam turut diadakan yang melibatkan kehadiran daripada Pusat Bahasa KUPU SB; Fakulti Bahasa Arab dan Terjemah UNISSA; Jabatan Pendidikan Kurikulum, Kementerian Pendidikan; Jabatan Pendidikan Islam; MUBn Learning and Growth; Tarbiyah Global dan Naderen.

Mu'tamar Bahasa Arab Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2019 turut diselajurkan dengan penandatanganan Memorandum Perjanjian di antara Fakulti Bahasa Arab dan Terjemah UNISSA dan Pusat Bahasa, KUPU SB. 

ANTARA yang hadir pada majlis tersebut.

Menandatangani bagi pihak UNISSA ialah Dekan Fakulti Bahasa Arab, Prof. Madya Dr. Siti Sara binti Haji Ahmad dan Dr. Abang Haji Hadzmin bin Haji Abang Taha, bagi pihak KUPU SB.

Forum khas bertajuk 'Generasi Brunei bercakap Arab' disampaikan oleh tiga panel utama terdiri daripada Pengarah Antarabangsa dan Perhubungan Awam UNISSA, Awang Haji Sammali bin Haji Adam dan mahasiswa-mahasiswa program Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, KUPU SB, Awang Haji Zulkifli bin Haji Md. Salleh dan Awang Muhammad Adi Adham bin Ramlan.


(Petikan dari Pelita Brunei, Khamis 19 Disember 2019 Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi)

Attachments