Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

HADIRI ISTIADAT KONVOKESYEN UPSI KALI KE-21

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 22 November. – Sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Perguruan Ugama di Negara Brunei Darussalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) sentiasa berusaha untuk mengembangkan peranannya dalam memartabatkan bidang Perguruan dan Pendidikan Islam bukan sahaja di dalam negeri malah juga pada peringkat serantau dan antarabangsa. 

Ini terlaksana dengan hubungan rapat yang terjalin antara KUPU SB dengan Universiti-universiti luar yang berlangsung dengan terlaksananya acara dan kegiatan yang memberikan faedah bersama. 


RA'ES, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-21, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Ra'es, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dijemput bagi menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-21, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia dalam sesi pertama penganugerahan Ijazah baru-baru ini. 

Berkenan berangkat dan seterusnya mengurniakan ijazah kehormat Doktor dan Profesor Emeritus, Sarjana dan Sarjana Muda ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, Canselor UPSI. 

RA'ES, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr Haji Adanan bin Haji Basar (dua, kiri) semasa menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-21, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Pada Majlis istiadat konvokesyen tersebut, empat anugerah turut diumumkan iaitu seorang penerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Melayu, seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan, seorang penerima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan (Anumerta) dan seorang penerima gelaras Profesor Emeritus. 

Majlis Istiadat Konvokesyen UPSI yang berlangsung selama tiga hari tersebut merasmikan penganugerahan ijazah dan diploma kepada seramai 4,985 graduan iaitu seramai 108 orang graduan program Doktor Falsafah, 993 orang graduan Sarjana, 201 orang graduan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, 2,610 orang graduan dalam program Sarjana Muda dan 1073 orang graduan program Diploma. 

GAMBAR ramai.

KUPU SB dan UPSI telah menjalinkan kerjasama dalam bidang Perguruan dan pendidikan dari sejak tahun 2016 dan telah melaksanakan beberapa kegiatan bersama termasuk lawatan, undangan keynote speakers dan rujukan pakar.

 

(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 23 November 2019 oleh KUPU SB)

Attachments