Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KHAIRAT KEMANUSIAAN KUPU SB

TEMBURONG, Sabtu, 16 November. - Program jati diri dan pengembangan potensi diri, Nadi Pertanian Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Ilmu Teras dengan kerjasama Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, yang berlangsung selama empat hari bermula 14 hingga 17 November 2019, mengadakan aktiviti Khairat Kemanusiaan, iaitu memberikan sumbangan kepada penerima yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) di Mukim Batu Apoi.


PENDAFTAR Pusat Ilmu Teras, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dayang Amshahnoorwadi binti Haji Yakub dan peserta-peserta Nadi Pertanian KUPU SB bersama pihak Perbadanan TAIB mengabadikan kenangan bersama salah seorang warga emas yang terpilih.

Sebanyak lima buah keluarga warga emas juga yang kurang berkemampuan dan memerlukan yang berdaftar di JAPEM di Mukim Batu Apoi menerima sumbangan daripada pihak Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dengan kerjasama Nadi Pertanian KUPU SB.

Rombongan tersebut diketuai oleh Pendaftar Pusat Ilmu Teras, KUPU SB, Dayang Amshahnoorwadi binti Haji Yakub dan peserta-peserta Nadi Pertanian KUPU SB.

Mengetuai rombongan Tabung Amanah Islam Brunei, Pegawai Eksekutif Kanan Perbadanan TAIB, Dayang Hajah Zazarina binti Haji Zainuddin.

Semasa lawatan tersebut, sebanyak lima buah rumah di Mukim Batu Apoi dikunjungi dan pihak Perbadanan TAIB menyampaikan beberapa sumbangan yang berbentuk kewangan, barangan keperluan asasi dan makanan.

Pengendalian pengagihan barang-barang bantuan yang disumbangkan itu dilaksanakan dengan kerjasama Nadi Pertanian KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 19 November 2019 oleh Muhammad Akmal Haji Ali)


Attachments