Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KUPU SB TERIMA 130 PELAJAR BAHARU

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 28 Julai. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengadakan Majlis Kesyukuran Minggu Ta'aruf Ke-12 Sesi 2018 / 2019 bertempat di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, di sini.

Dalam ucapan alu-aluannya pada majlis tersebut, Dekan Pelajar KUPU SB, Awang Haji Md. Syahiran bin Haji Md. Sofian selaku Pengerusi Majlis Minggu Ta'aruf Ke-12 Sesi 2018 / 2019, antara lain menyatakan, seramai 130 pelajar baharu menerima tawaran untuk mengikuti pengajian di kolej tersebut pada tahun ini.


PEMANGKU Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar semasa menyampaikan Tausiah Minggu Ta'aruf Ke-12.

Jelasnya, Minggu Ta'aruf bertujuan untuk memperkenalkan budaya hidup di KUPU SB dalam konteks kemahiran mengurus masa, selain meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab mematuhi peraturan KUPU SB, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga KUPU SB.

Terdahulu ia dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan Asma al-Husna dan lagu kebangsaan serta diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terjemahannya oleh dua wakil pelajar Program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, Awangku Muhammad Ammmarrul Amsyar bin Pengiran Haji Majuki dan Awangku Mohd. Idrus Mateen Firdaus bin Pengiran Sharifuddin, kedua-duanya dari Pengambilan Sesi Ke-12 Sesi 2018 / 2019.


ANTARA mahasiswa baharu KUPU SB yang hadir pada Majlis Kesyukuran Minggu Ta'aruf Ke-12 Sesi 2018 / 2019.

Kemudian diikuti dengan tayangan video Minggu Ta'aruf dan Tausiah Minggu Ta'aruf Ke-12 yang disampaikan oleh Pemangku Ra'es, KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar. Bacaan Ikrar Pelajar Pengambilan Sesi Ke-12 Sesi 2018 / 2019 diketuai oleh Awang Muhammad Akmal Marhain bin Umar.

Bacaan Doa Kesyukuran oleh wakil pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama Sesi 2018 / 2019, Awang Mohd. Noor Zakwan bin Haji Mohamad Moor.

Pelajar baharu diberikan pendekatan mengenai KUPU SB, sebagai sebuah institusi perguruan tinggi di Negara Brunei Darussalam yang berfungsi bagi memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik melalui pengintegrasian ilmu, latihan, kajian, perkhidmatan, keterampilan, teknologi dan jati diri berasaskan prinsip-prinsip Islam dan falsafah pendidikan negara.

Hadir selaku tetamu kehormat, Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar.

Majlis tersebut dihasrat dapat memberi pendedahan tentang kepentingan memahami falsafah, visi dan misi KUPU SB, khususnya untuk para pelajar pengambilan baharu kolej berkenaan yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 30 Julai 2018 oleh Dk Siti Redzaimi Pg Haji Ahmad)

Attachments