Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

KUPU SB LANCARKAN SUDUT PENERBITAN OMAN

‚ÄčBANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Julai. - Majlis Pelancaran 'Omani's Publication Corner' atau Sudut Penerbitan Oman merupakan tanda penghargaan dan sokongan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) pada usaha berterusan Kedutaan Kesultanan Oman ke arah memperkaya Sudut Penerbitan Oman dengan terbitan terbaharu karya sarjana-sarjana terkemuka Oman.

Pada masa yang sama, ia turut membantu mengukuhkan lagi usaha KUPU SB bagi memperkayakan ilmu pengetahuan melalui kegiatan membaca dalam kalangan pelajar dan masyarakat.


MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (kiri) berbual bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari sejurus melancarkan Sudut Penerbitan Oman di KUPU SB.

Majlis dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman berlangsung di Perpustakaan kolej berkenaan.

Pemangku Ra'es, KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar dalam ucapan alu-aluannya antara lain menyatakan perpustakaan kolej tersebut setakat ini mempunyai kira-kira sebanyak 115,000 buah buku yang diperoleh daripada pembelian, hadiah dan pertukaran, yang mana buku-buku tersebut adalah sangat berguna kepada para mahasiswa dan mahasiswi kolej, terutama sekali mereka yang menceburi penyelidikan dalam pelbagai bidang.

Walaupun bilangan yang agak kecil, perpustakaan KUPU SB boleh dikatakan mempunyai koleksi-koleksi buku dalam pembelajaran Islam, terutamanya dalam bidang pendidikan.

Lebih 280 buku berkaitan dengan Kesultanan Oman disediakan di sudut berkenaan.

Selain mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua buah negara, terutama dalam bidang akademik, ia juga dapat membina masyarakat yang suka membaca dan berpengetahuan berasaskan pengajaran serta pembelajaran.

Sudut tersebut mampu memberi pendedahan kepada masyarakat yang berminat untuk mengetahui dan mempelajari tentang masyarakat Arab, sejarah serta budayanya.

Turut hadir pada majlis tersebut Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari dan Kedutaan-kedutaan Arab, Naib Canselor UBD, Rektor UNISSA, pegawai-pegawai kanan KHEU dan pegawai-pegawai utama KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 28 Julai 2018 oleh Dk Siti Redzaimi Pg Haji Ahmad)

Attachments