BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 13 November. - Kira-kira 150 warga Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil yang berlangsung hari ini di Kubah Makam Diraja bersempena dengan Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-14.
Majlis tersebut diadakan khusus buat paduka-paduka ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar''Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman serta paduka anakanda baginda, Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
RA'ES KUPU SB mengetuai rombongan pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil yang berlangsung di Kubah
Makam Diraja bersempena dengan Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-14 (atas). Manakala gambar bawah, antara yang
hadir pada majlis berkenaan.
Rombongan diketuai oleh Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani dan juga dihadiri oleh pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta bakal graduan lelaki KUPU SB.
Bacaan Surah Yaa Siin diikuti tahlil beramai-ramai dikepalai oleh Pegawai Pelajaran KUPU SB, Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya. Manakala bacaan doa dipimpin oleh Awang Abdul Hadi Nasrullah bin Muhammad Ashraf yang merupakan salah seorang bakal graduan.
Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-14 akan berlangsung pada Khamis, 21 November 2024 bertempat di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 16 November 2024. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ak. Mohd. Aminol Adi Azraie Pg. Haji Nikman)