Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KUPU SB ANJUR MAJLIS KHATAM SEMPENA PUJA USIA

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Sempena Hari Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, satu majlis khatam Al-Quran, bacaan surah Yasin serta doa kesyukuran telah dianjurkan oleh Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) bertempat di Dewan Tarbiah, Kolej Universiti berkenaan kelmarin.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ra'es KUPU SB, Professor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

khatam  PURI.png

Professor Madya Dr Abdul Nasir semasa menghadiri majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis, diikuti dengan bacaan khatam Al-Quran bermula surah Adh-Dhuha hingga surah An-Nas oleh mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB.

Majlis seterusnya diakhiri dengan bacaan doa kesyukuran Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha oleh Penolong Ra'es (Penyelidikan, Pengantarabangsaan dan Perkhidmatan) KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

khatam PURI2.png

khatam  PURI3.png

Suasana semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KUPUSB

khatam  PURI4.png

Selain itu, turut diadakan majlis membaca surah Yasin, sembahyang fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah serta bacaan doa kesyukuran yang berlangsung serentak di Dewan Tarbiah dan Surau KUPU SB.

Majlis diadakan sebagai tanda merafakkan kesyukuran kepada Ilahi dengan doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan, serta limpahan rahmat dari Allah SWT dan seterusnya semoga Baginda dan kerabat diraja dikurniakan taufik, hidayah serta inayah-Nya.


(Petikan dari Media Permata, Isnin 7 Oktober 2024. Oleh Yusrin Junaidi)


Attachments