Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

IBADAH KORBAN ZAHIR KESYUKURAN KEPADA ALLAH

​BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 20 Jun. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) juga tidak ketinggalan mengimarahkan bulan Zulhijah dengan Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan diselajurkan Majlis Ibadah Korban sebagai menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, di samping memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Sebanyak dua ekor kerbau dikorbankan dan sebahagiannya diagihkan kepada 25 pelajar dan warga KUPU SB.

Penyampaian daging korban yang diadakan di Dewan Tarbiah, KUPU SB itu disempurnakan oleh Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

korban.png

RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha dan diselajurkan Majlis Ibadah Korban.

Antara tujuan penganjuran majlis yang dikelolakan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan KUPU SB ialah untuk memperdekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan ibadah korban.

Di samping itu, ia diharap dapat menanamkan amalan bersedekah terhadap golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga KUPU SB terhadap kerja bergotongroyong seterusnya memberikan peluang kepada warga KUPU SB untuk mengikuti ibadah korban khususnya di dalam kampus.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 22 Jun 2024. Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Azmah Haji Ahad​)


Attachments