Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

AWANG MOHAMMAD NOOR FAUZAN AZIZI JUARA PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Mac. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) melalui Pusat Bahasa pagi tadi menganjurkan Pertandingan Public Speaking (Time to Talk!) bagi pelajar program Sarjana Muda Perguruan Ugama dan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Tahun 3 bertempat di Dewan Tarbiah, kolej universiti berkenaan.

Juara pertandingan disandang oleh Awang Mohammad Noor Fauzan Azizi bin Haji Mazne daripada program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama dengan tajuk 'Face Your Tests and Challenges With Perseverance'.

pertandingan PS1.png

RA’ES KUPU SB hadir selaku tetamu kehormat majlis dan juga seterusnya turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Tempat kedua diraih oleh Dayangku Syahirah Hazeqah binti Pengiran Shahrel Anuar, pelajar program Diploma Tertinggi Perguruan, manakala tempat ketiga dan sagu hati masing-masing disandang oleh Awang Mohammad Hisyammuddin bin Abdullah Azizulzabbar, pelajar program Diploma Tertinggi Perguruan Ugama, dan Awang Muhammad Aqiel Mustaqeem bin Haji Rosman, pelajar program Sarjana Muda Perguruan Ugama.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan juga seterusnya turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

Seramai lima peserta menyertai pertandingan berkenaan.

Dalam ucapan alu-aluan Pengarah Pusat Bahasa KUPU SB, Dayang Nurul Azimah binti Haji Abdul Hamid, selaku Pengerusi, menjelaskan bahawa pertandingan yang dianjurkan buat julung-julung kalinya berkenaan bukan sahaja sekadar satu platform untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi, tetapi juga sebagai wadah bagi para peserta untuk mengekspresikan cinta dan dedikasi mereka terhadap agama Islam dan ajarannya.

pertandingan PS2.png

Antara yang hadir pada majlis berkenaan

Melalui pertandingan berkenaan tambah beliau, para peserta dapat memperkukuh lagi identiti Islam mereka sambil membangunkan kemahiran berucap yang penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Antara objektif utama pertandingan termasuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan keberanian berucap di hadapan orang ramai serta meningkatkan kemampuan peserta dalam menyampaikan mesej yang jelas dan padat.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 01 April 2024. Oleh : Khartini Hamir Foto : Alishahrin Haji Momin​)

Attachments