Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

17 PENGAKAP KUPU SB TERIMA EPOLET DAN SIJIL

​BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Seramai 17 orang ahli Pengakap Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) hari ini dianugerahkan epolet dan dilantik menjadi ahli Pengakap Kelana dalam Majlis Penyampaian Epolet dan Sijil bagi ahli-ahli Pasukan Pengakap Kelana 1101 KUPU SB sesi 2023/2024 yang berlangsung di Dewan Tarbiah, KUPU SB.

Hadir selaku tetamu khas majlis ialah Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Awang Samsudin bin Haji Ahmad.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Ilmu Teras, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Muhammad bin Pengiran Jaluddin.

pengakap1.jpg

Awang Samsudin menyempurnakan pemasangan epolet kepada salah seorang ahli pengakap KUPU SB semasa majlis berkenaan. 

Terdahulu, ahli-ahli pengakap tersebut telah mengadakan Perkhemahan Pengakap Kelana selama tiga hari yang berakhir pada hari ini, bertempat di sekitar kawasan KUPU SB.

pengakap2.jpg

Antara ahli pengakap yang menyertai Perkhemahan Pengakap Kelana yang diadakan di sekitar kawasan KUPU SB

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang perkhemahan termasuk aktiviti mendirikan khemah, bonding game, mempraktikkan ilmu pengakap, shopping game, Squire, kawad, lawatan dan Tiktok Challenge, ethical training, Bangun Tahajud dan Solat Hajat serta vigil.


(Petikan dari Media Permata, Khamis 16 November 2023. Oleh Yusrin Junaidi)


Attachments