Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

BERANGKAT KE MAJLIS KONVOKESYEN KUPU SB KE-7

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) berkenan berangkat mengurniakan ijazah dan diploma kepada graduan-graduan pada Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-7 Tahun 1439 Hijrah / 2017 Masihi.


Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Keberangkatan masuk Kebawah DYMM ke Dewan Plenari didahului dengan Perarakan Canselor dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan'.



BACAAN ayat-ayat suci Al-Quran surah an_Nur ayat 54-56 yang dibacakan oleh graduan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, Awang Mohammad Zulhafiz bin Awang Tengah manakala instisari ayat dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah).

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran surah An-Nur ayat 54 - 56 yang dibacakan oleh graduan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, Awang Mohammad Zul-Hafiz bin Awang Tengah manakala intisari ayat dibacakan oleh graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama (Syariah), Awang Muhammad Muinuddin bin Haji Mohd Zain.


KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan ijazah kepada salah seorang graduan.




Sementara itu, Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan dalam sembah alu-aluannya antara lain menyembahkan, dalam mencapai matlamat untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang berilmu, beramal dan bertakwa menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah bermazhab Syafi'e, KUPU SB bergiat aktif mengadakan aktiviti intelektual, kemasyarakatan dan dakwah bersama masyarakat sama ada peringkat antarabangsa nasional.

Pada majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah dan seterusnya mengurniakan 261 Ijazah dan Diploma kepada 18 graduan Program Ijazah Sarjana Perguruan Ugama, 38 graduan Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah, 103 graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dan 102 graduan Diploma Tertinggi Perguruan Ugama.



DOA Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

KEBAWAH DYMM berkenan menerima junjung ziarah graduan-graduan yang Berjaya menamatkan pengajian.


Sumber berita Pelita Brunei
Attachments