Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

DALAMI KONSEP TAWAKAL, AMALKAN VAKSIN KETUHANAN

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Januari. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) giat mengadakan Jerayawara Vaksin Ketuhanan dan Tawakal sepanjang Januari 2022, di masjid-masjid utama, di seluruh daerah, selepas Solat Maghrib hingga Solat Isyak.

Antara program yang diungkayahkan, termasuk menganjurkan Kuliah Sirah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, yang akan diadakan setiap Ahad (malam Isnin), selepas Solat Maghrib.

Kuliah tersebut akan disampaikan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

kuliah.png

Orang ramai yang berminat untuk memperdengarkan siri kuliah tersebut, dialu-alukan untuk hadir ke Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

Matlamat jerayawara ini diadakan adalah bagi menyampaikan maklumat berkaitan dengan konsep ketuhanan, iaitu bacaan-bacaan doa dalam solat yang perlu dihayati sebagai pendinding daripada wabak dan bencana, selain menyeru agar para jemaah masjid mengamalkan bacaan wirid selepas solat, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam agar kita semua mendapat kelebihan daripada amalan tersebut.

Para jemaah juga bakal dijelaskan akan makna konsep tawakal sepenuhnya, penjagaan kebersihan, kesihatan juga pengambilan vaksin dan mengamalkan Vaksin Ketuhanan sebagai amalan harian.

Orang ramai bolehlah mendapatkan maklumat terkini mengenai jerayawara ini, dengan mengikuti Instagram rasmi KUPU SB, @kupusb_official.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 17 Januari 2022. Oleh : Khartini Hamir.  Infografik : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments