Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SEMBAHYANG TERAS KEUTUHAN SEORANG MUSLIM

GADONG, Rabu, 4 Ogos. - Jerayawara Menghalusi Solat Mazhab Syafi'i Bagi Guru-guru Sekolah Rendah, Menengah dan Pusat Tingkatan Enam Seluruh Negara anjuran Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kerjasama Jabatan SekolahSekolah, Kementerian Pendidikan diteruskan hari ini di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, di sini.

Jerayawara ini dikhususkan bagi Pegawai-pegawai Pelajaran dan Guru-guru yang beragama Islam Pusat Tingkatan Enam, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah di bawah Kementerian Pendidikan seluruh negara yang mengajar dalam pelbagai mata pelajaran.

menghalusi solat7821_1.png

FASILITATOR Ra'es KUPU SB semasa Jerayawara Menghalusi Solat Mazhab Syafi'i Bagi Guru-guru Sekolah Rendah, Menengah dan Pusat Tingkatan Enam Seluruh Negara

Antara lain menyatakan kekhusyukan mendirikan sembahyang dapat mencegah keburukan dan kemungkaran serta dalam reda Allah Subhanahu Wata'ala. Inilah waktunya berdoa dan mengadu pada-Nya kerana Allah itu dekat apabila kita sembahyang.

Fasilitator Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar memfokuskan dalam kepada Rukun Fi'li iaitu cara sembahyang bagi mencegah kemungkaran.

menghalusi solat 7821_2.png

ANTARA yang hadir pada jerayawara berkenaan.

menghalusi solat 7821_3.png

Tambahnya, mendirikan sembahyang dengan khusyuk bukan saja mencegah daripada keburukan dan kemungkaran malahan akan sentiasa dalam reda Allah. Ini kerana sembahyang merupakan waktu untuk kita berdoa dan mengadu kepada-Nya.

Antara cara-cara yang perlu diketahui dalam sembahyang ialah berdiri tegak bagi yang mampu menghadap kiblat dan memberikan sepenuh perhatian kepada ibadat sembahyang dengan ikhlas dan memohon dijauhkan daripada gangguan syaitan.

Perbuatan sunat itu perlu diketahui kaedahnya dan diamalkan seperti perkara sunat diam sebentar, sunat mengangkat dua belah tangan semasa sembahyang, cara-cara berdiri tegak sambil mendakap tangan, takbiratulihram, ruku, sujud, sunat duduk istirahah, masa mengangkat jari telunjuk semasa tahiyat dan cara memusingkan kepala selepas selesai tahiyat akhir. Tidak lupa mengikut sunnah Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu memakai pakaian putih kerana ia suci, bersih dan lebih bagus.

Objektif jerayawara antaranya meningkatkan tahap kefahaman peserta mengenai kewajipan melaksanakan sembahyang fardu lima waktu dengan sempurna serta menghalusi segala rukun dan syarat sembahyang fardu menurut Mazhab Syafi'i dengan mengukuhkan ketakwaan peserta demi menjaga sembahyang fardu lima waktu dan mendirikannya secara berjemaah bersama keluarga dan masyarakat. Sembahyang lima waktu merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu Muslim. Kewajipan menunaikan solat ini berkekalan dan tidak gugur daripada diri seorang mukalaf dalam apa jua keadaan, di mana jua ia berada selama mana ia masih bernafas dan berakal kerana sembahyang merupakan tiang atau asas kepada agama Islam selain merupakan amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak.

Dalam Hadith Qudsi dari Abu Hurairah bahawa satu saat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda Allah Subhanahu Wata'ala telah berfirman maksud nya, ''Aku telah memberi Surah Al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku minta, apabila ia membaca Al-Fatihah dengan khusyuk''.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 07 Ogos 2021. Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan)

Attachments