Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SITI NURLYANA JUARA PERTANDINGAN TAZKIRAH

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Pemenang pertandingan Tazkirah dan Persembahan Pentas sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 menerima hadiah mereka, hari ini.

Pada pertandingan yang berlangsung di pentas perayaan di kawasan letak kereta Alat Kebesaran Diraja di Bandar Seri Begawan itu kelmarin, Dayang Siti Nurlyana binti Abdullah memenangi hadiah pertama dan membawa pulang wang tunai $100.

berita tazkirah 19july.jpg

Haji Sufri menyampaikan hadiah kepada Dayang Siti Nurlyana selaku pemenang pertama pertandingan berkenaan.

Naib juara dimenangi Awang Abdul Hadi Nasrullah bin Muhammad Asyraf yang memenangi wang tunai $80 dan Awang Muhammad Aqil Arfan bin Arjune di tempat ketiga yang membawa pulang wang tunai $60.

Hadir menyampaikan hadiah ialah Pemangku Pendaftar Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Sufri bin Kurus, selaku tetamu kehormat.

Pertandingan yang disertai enam orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi KUPU SB itu mengetengahkan konsep keagamaan.

Selain tazkirah, turut diadakan ialah persembahan hadrah, tausyeh dan nasyid berkumpulan yang bertujuan untuk meningkatkan kecintaan terhadap raja dan negara, selain menampilkan keindahan kesenian Islam itu sendiri agar ia diminati dan berkembang luas di negara ini.


 (Petikan dari Media Permata, Selasa 19 Julai 2021. Oleh: Yusrin Junaidi ) 


Attachments