Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MAJLIS TAHLIL SEMPENA KONVOKESYEN KUPU SB

​BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 1 Oktober. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil sempena Majlis Konvokesyen  KUPU SB Ke-15, bertempat di Kubah Makam Diraja, di sini.

Majlis berkenaan adalah khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran  Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman, serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.

tahlil.png

MAJLIS Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Ke-15 dihadiri oleh Ra'es KUPU SB.

Hadir mengetuai rombongan ialah Ra'es KUPU SB, Profesor Madya Dr. Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani.

Juga hadir, pegawai-pegawai eksekutif, pegawai - pegawai utama, pensyarah, pegawai dan kakitangan serta bakal graduan lelaki  KUPU  SB.

Majlis diisikan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan diikuti dengan bacaan Tahlil beramai-ramai yang dipimpin oleh Penolong Pensyarah KUPU SB, Awang Hilman bin Haji Salim.

Majlis Konvokesyen KUPU SB Ke-15 akan berlangsung pada Khamis, 16 Oktober  2025 bertempat di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 4 Oktober 2025. Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Mohammad Hasif Matzin​)


Attachments