Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Kajian Fiqh Kontemporari

ENGLISH PDF​ 📄

​​​​​​PENGENALAN

Pusat Kajian Fiqh Kontemporari (PKFK) adalah salah sebuah pusat kecemerlangan akademik di bawah naungan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Diperkenankan penubuhannya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddalulah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam pada 28 Oktober 2015 Masihi, Pusat Kajian Fiqh Kontemporari bermula sebagai Pusat Kajian Fiqh al-Usrah dan memberi tumpuan kepada pendidikan memperkukuhkan institusi keluarga Islam di Brunei Darussalam. Selaras dengan penjenamaan semula bermula 01 Ogos 2024 Masihi, fungsi, peranan dan fokus Pusat Kajian Fiqh Kontemporari telah dilaratkan kepada penyelidikan dan pendidikan yang berlatar belakangkan isu-isu kontemporari melibatkan kewangan, keluarga dan isu Islam semasa selainnya.

VISI

Menjadi pusat kajian Kontemporari Islam yang unggul ke arah melahirkan Ulul Albab profesional yang bertaqwa dan berkepakaran tinggi serta berkebolehan mendidik masyarakat dalam isu-isu semasa.

MISI

Melahirkan sahsiah holistik yang mampu menyebar dan mempertahankan ugama Islam tulen berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama'ah melalui kecemerlangan pendidikan Islam bersepadu (klasik dan kontemporari) dan penyelidikan berimpak tinggi.​

OBJEKTIF

1) Menjadi pusat kajian dan penyelidikan ilmiah berkaitan dengan kefahaman Fiqh Kontemporari di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2) Menggalakkan budaya penulisan dan penyelidikan dalam kalangan ahli akademik dan intelektual dalam bidang Fiqh Kontemporari.

3) Menjalin hubungan kerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat nasional dan serantau untuk menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu Kontemporari Islam.

4) Bergerak sebagai pusat kajian yang sentiasa memantau isu-isu Kontemporari, sekaligus menjadi sumber penyedia khidmat akademik kepada masyarakat di Negara Brunei Darussalam.




PENTADBIRAN PUSAT

    Hajah Aisyah Radhiah  Rosni  binti Haji Abdul Gani
    Pengarah / Penolong Pensyarah
    E-mel :  rosni.gani@kupu-sb.edu.bn
    No. Tel :  2 236277 

    Siti Musfirah binti Misli
    Penolong Pendaftar / Pegawai Pelajaran Ugama​
    E-mel :  musfirah.misli@kupu-sb.edu.bn​
    No. Tel :  2 236277 ​
STAF AKADEMIK

Awang Hilman bin Haji Salim
Penolong Pensyarah (Cuti Belajar)
E-mel :  hilman.salim@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277

Pengiran Norizzati binti Pengiran Haji Kasharan
Penolong Pensyarah
E-mel :  norizzati.kasharan@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277


PERKERANIAN

Abd Hakim bin Dr Haji Roslan
Sukarelawan
E-mel :  hakim.roslan@kupusb.edu.bn
No. Tel : 2 236277 ​




E-mel :  fiqh.alusrah@kupu-sb.edu.bn