Fakulti ini diketuai oleh seorang Dekan dan dibantu oleh seorang Timbalan Dekan serta mempunyai lapan (8) orang tenaga akademik dalam kalangan warga tempatan dan luar negara yang berjawatan Penolong Kanan Profesor, Penolong Profesor, Pensyarah dan Penolong Pensyarah. Fakulti ini juga mempunyai dua orang staf non-akademik iaitu seorang Penolong Pendaftar, dan seorang Pekerja Sambilan bagi memudahkan segala pengurusan pentadbiran fakulti.
VISI
Melahirkan dan membentuk sumber tenaga guru dan pendidik yang bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, berkemahiran untuk membentuk masyarakat dan bangsa yang melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar, mengamalkan sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam serta menyebarkan dakwah Islamiah.
MISI
Memartabatkan ilmu dalam Bidang Usuluddin dan Perguruan Ugama melalui pengajaran, pembelajaran, latihan, kajian, penyelidikan, perkhidmatan berlandaskan al-Qur'an dan al-Sunnah dengan berkonsep Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara.
OBJEKTIF
- Melaksanakan program akademik dan latihan perguruan Usuluddin yang berkualiti, relevan dengan kehendak semasa bagi keperluan bagi keperluan ugama, bangsa dan negara.
- Melatih, membekal dan membangunkan sumber manusia yang bertakwa, berwibawa, proaktif berketrampilan dan bertanggungjawab.
- Menghasilkan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang Usuluddin bagi manfaat dan kepentingan umat sejagat.
- Memberikan konsultasi dakwah kepada warga perkhidmatan awam dan masyarakat awam.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
Fakulti Usuluddin bertanggungjawab menyedia, menawar dan menilai program yang berkaitan dengan bidang Usuluddin. Bahasa pengantarnya ialah bahasa Melayu, kecuali Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantarnya. Empat (4) program yang ditawarkan ialah:
- Ijazah Doktor Falsafah Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Ijazah Sarjana Perguruan Ugama (Usuluddin)
- Diploma Pengajian Tauhid
- Diploma Pengajian Tafsir dan Hadith.