VISI
Menjadi institusi perguruan ugama yang unggul
dalam melahirkan modal insan holistik yang memenuhi keperluan negara
MISI
Menyebar dan mempertahankan ugama Islam tulen
melalui perguruan ugama berlandaskan ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah
dengan pendekatan pengajaran berkesan yang berteknologi terkini
berkonsepkan Melayu Islam Beraja dan Falsafah Pendidikan Negara
MOTTO
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya
Surah al-‘Alaq, 96:5
OBJEKTIF
- Menawarkan program akademik dan latihan perguruan yang relevan selari dengan kehendak dan keperluan pihak yang berkepentingan di dalam negara;
- Mempraktikkan pengurusan sistem dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan menerusi penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan kompetensi warga KUPU SB supaya mereka dapat berkembang maju, berkemahiran dan berilmu pengetahuan;
- Memperkasa program non-akademik yang berkualiti untuk meningkatkan kemahiran insaniah para siswa yang memberikan pengalaman berguna sebagai bekal dalam mempersiapkan diri dengan cabaran masa depan; dan
- Mempertingkat jaringan kerjasama dengan komuniti, institusi dan pemegang taruh di dalam negeri, serantau dan antarabangsa dalam membantu KUPU SB mencapai kecemerlangan dalam bidang PdP, penyelidikan dan penerbitan, konsultasi dan khidmat masyarakat.