Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan

VISI
Pusat Kesarjanaan dan Penyelidikan Pendidikan Ugama Ternama dan Unggul.

MISI
Memartabatkan Kesarjanaan dan Penyelidikan Pendidikan Ugama

LATAR BELAKANG
Di tubuhkan pada 1hb Julai 2009.

OBJEKTIF PENGAJIAN LEPAS IJAZAH
  • Menghasilkan program-program Lepas Ijazah; diploma-diploma Lepas Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang perguruan ugama bertaraf antarabangsa yang memenuhi hasrat Ugama, Negara dan Bangsa.
  • Menghasilkan sistem pengajian, pentadbiran dan pengurusan pengajian Lepas Ijazah yang sistematik, komprehensif dan bertaraf antarabangsa.
  • Melahirkan graduan program Lepas Ijazah yang berilmu, berwibawa serta akur sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya yang memikul tanggungjawab melahir, membentuk serta membina masyarakat manusia yang berilmu, beriman dan beramal.
  • Menghasilkan program-program Lepas Ijazah dan Penyelidikan siswazah yang mempunyai nilai kesarjanaan bertaraf antarabangsa serta nilai aplikasi yang menjana kesejahteraan umat manusia sejagat.
  • Mewujudkan suasana pengajian Lepas Ijazah yang kondusif bagi tenaga pengajar dan siswa dan siswi Pengajian Lepas Ijazah.
  • Mengantarabangsakan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan melalui jaringan kerjasama Pendidikan Lepas Ijazah dengan negara-negara luar.
  • Menghasilkan rekod, pengkalan data dan jaringan pengajian dan kajian siswazah yang sistematik, komprehensif serta mudah diperolehi bagi keperluan perkembangan dan pemanfaatan ilmu.
  • Melaksana dan menjayakan misi dan visi Program Lepas Ijazah dan Penyelidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
 
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
  • Menghasilkan penyelidikan-penyelidikan ilmiah bermutu yang menekankan nilai aplikasi yang menyumbang kepada pengembangan ilmu, manusia dan alam sejagat.
  • Membina masyarakat penyelidik di kalangan tenaga akademik khasnya dan semua anggota Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan amnya.
  • Menjadikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan sebagai sebuah institusi penyelidikan yang terunggul dalam penyelidikan keguruan dan pendidikan ugama.
  • Menjadi tunas serta penggerak bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Perguruan dan Pendidikan Islam di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Mewujudkan kemudahan, prasarana, pentadbiran dan pengurusan penyelidikan yang sempurna, sistematik dan berdaya maju.
  • Membina pengkalan data penyelidikan yang sistematik dan komprehensif serta mudah diperolhi bagi tujuan pengembangan dan pemanfaatan ilmu.

FUNGSI

Fungsi utama Pusat Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan adalah seperti berikut:
  • Bekerjasama dengan Fakulti, Pusat dan Jabatan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, menghasilkan program-program Lepas Ijazah; diploma-diploma Lepas Ijazah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang-bidang keperguruan ugama bertaraf antarabangsa yang memenuhi hasrat Ugama, Negara dan Bangsa.
  • Melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program-program Lepas Ijazah dan perlaksanaannya menurut peraturan, misi dan visi Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Mentadbir, mengurus dan merekod aktiviti-aktiviti program Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan secara sistematik dan komprehensif.
  • Menyedia, memperbaiki dan menilai dari masa ke semasa dokumen-dokumen yang berkaitan dengan polisi, garis pandu, pentadbiran dan pengurusan Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan.
  • Mewujudkan kemudahan dan suasana yang kondusif bagi perjalanan dan pengembanganPengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Merekod dan menyediakan pengkalan data yang lengkap, sistematik serta komprehensif bagi program-program Pengajian Lepas Ijazah dan Penyelidikan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Merancang dan melaksanakan kursus, latihan, bengkel, seminar, pameran, persidangan, penerbitan, iklan, dan aktiviti-aktiviti seumpamanya yang berkaitan dengan perlaksanaaan dan pengembangan program Lepas Ijazah dan Penyelidikan.
  • Menyediakan jaringan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa untuk kemajuan dan pengembangan program Lepas Ijazah dan Penyelidikan di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Mengawal dan memantau mutu program Lepas Ijazah dan Penyelidikan Kolej Universiri Perguruan Ugama Seri Begawan.
  • Melaksanakan dan menjayakan misi dan visi program lepas ijazah dan penyelidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.


PROGRAM-PROGRAM SARJANA YANG DITAWARKAN

  1. DIPLOMA PENGAJIAN LEPASAN IJAZAH
  2. SARJANA PERGURUAN UGAMA (AQIDAH)
  3. SARJANA PERGURUAN UGAMA (FIQH)
  4. SARJANA PERGURUAN UGAMA (PENYELIAAN)
  5. SARJANA PERGURUAN UGAMA (KURIKULUM)
  6. SARJANA PERGURUAN UGAMA (PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN)
  7. SARJANA PERGURUAN UGAMA (SASTERA ISLAM)

PENTADBIRAN PUSAT

Datin Dr. Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh
Pengarah
E-mel :  hira.kaseh@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 

Amshahnoorwadi binti Haji Yakub
Penolong Pendaftar
E-mel :  amshah.yakub@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 662

PERKERANIAN

Hajah Rahimah binti Haji Abdul Rahman
Kerani
E-mel :  rahimah.rahman@kupu-sb.edu.bn
No. Tel :  2 236277 ext 662