PENGENALANPusat Penerbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan ditubuhkan untuk menyebarluaskan pengalaman, hasil penyelidikan dan tulisan ahli akademiknya kepada warga kampus khususnya dan masyarakat Negara Brunei Darussalam serta serantau umumnya. Pusat Penerbitan mengambil inisiatif untuk menjadikan hasil tulisan ahli akademik tersebut sebagai manuskrip yang berpotensi untuk diterbitkan. FUNGSIMenerbitkan bahan-bahan ilmiah para sarjana dan ilmuan Negara Brunei Darussalam lulusan dalam dan luar negeri. Mengendalikan penerbitan buku, jurnal, prosiding dan buletin. Mengendalikan penerbitan kerja-kerja rampaian seperti buku program, brosur, sijil dan lain-lain. Merancang dan menentukan pengeluaran buku. Mengumpul, menilai, menyunting, menyemak bahan-bahan yang akan diterbitkan. Mempromosikan buku-buku terbitan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan di peringkat lokal dan luar negeri.
MATLAMAT- Menggalakkan setiap ahli akademik Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan khususnya untuk menyelidik, menulis dan menerbitkan hasil penyelidikan mereka.
- Menerbitkan buku-buku ilmiah berkualiti, khususnya di bidang pendidikan dan perguruan ugama dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.
- Memberikan kupasan dan maklumat bernas terhadap sesuatu topik atau isu mengenai pendidikan menerusi Jurnal Perguruan yang diterbitkan setahun sekali.
- Menyampaikan berita terkini dan maklumat kegiatan KUPU SB menerusi penerbitan buletin Kolej Universiti yang diterbitkan secara berkala (dwitahunan).
PENTADBIRAN PUSAT
Haji Md Syahiran bin Haji Md Sofian Ketua Penerbitan E-mel : syahiran.sofian@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277 ext 625
Awang Nazirul Mubin bin Ahad Penolong Ketua Penerbitan E-mel: mubin.ahad@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Ahmad bin Haji Damit Pegawai Teknologi Pendidikan E-mel : ahmad.damit@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
Muhammad Hadi Asrul bin Haji Othman Pekerja Tingkat III E-mel : asrul.othman@kupu-sb.edu.bnNo. Tel : 2 236277
Pengiran Timbang bin Pengiran Haji Serudin Pekerja Tingkat IV E-mel : timbang.serudin@kupu-sb.edu.bn No. Tel : 2 236277
E-mel : pusat.penerbitan@kupu-sb.edu.bn
|