Syarat Kemasukan
1. Memperolehi ijazah Sarjana Perguruan Ugama dari KUPU SB.
atau
2. Memperolehi ijazah Sarjana Pengajian Islam atau yang sebanding dengannya dari mana mana Institut Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
atau
3. Mempunyai kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf.
atau
4. Mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
dan
5. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.
Tempoh Pengajian
1. Sepenuh Masa:
Minimum tiga (3) tahun atau enam (6) semester biasa. Maksimum empat (4) tahun atau lapan (8) semester biasa.
2. Separuh Masa:
Minimum tiga (3) tahun atau enam (6) semester biasa. Maksimum enam (6) tahun atau 12 semester biasa.
3. Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.
SARJANA
Syarat Kemasukan
1. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.00 atau mana-mana Ijazah Sarjana Muda PendidikanIslam dengan mendapat sekurang - kurangnya pangkat Jayyid atau yang sebanding dengannya dari mana-mana Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB.
Bagi mod Tesis Penuh,pemohon hendaklah memperolehi ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari KUPU SB atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam yang diiktiraf oleh Senat KUPU SB dengan PNGK 3.50 atau pangkat Jayyid Jiddan ke atas.
dan
2. Lulus dalam ujian kelayakan dan kesihatan.
Tempoh Pengajian
1. Sepenuh Masa:
Minimum satu setengah (1 ½) tahun atau tiga (3) semester biasa. Maksimum dua (2) tahun atau empat (4) semester biasa.
2. Separuh Masa:
Minimum satu setengah (1 ½) tahun atau tiga (3) semester biasa. Maksimum empat (4) tahun atau lapan (8) semester biasa.
3. Tempoh yang ditetapkan Senat bagi keadaan dan syarat tertentu.
Bahasa Pengantar
Bahasa pengantar kursus-kursus dalam program ini adalah Bahasa Melayu. Dalam penyiapan projek, disertasi atau tesis, calon boleh memilih sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris dalam penulisan.