Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Makluman

Manage PermissionsManage Permissions

MAKLUMAN TERKINI HAL EHWAL AKADEMIK KUPU SB

SENARAI PEMOHON YANG DITAWARKAN

BAGI KEMASUKAN OGOS SESI 2020/2021

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN

Makluman dan perhatian:

1.      Tawaran adalah tertakluk kepada persyaratan yang dinyatakan bersama surat tawaran. & tertakluk kepada Senat Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

2.      Hanya pemohon yang telah disahkan untuk ditawarkan saja disenaraikan dalam senarai berkenaan. Pemohon yang tidak disenaraikan adalah disahkan tidak memenuhi syarat kemasukan.

3.      Sebarang rayuan hendaklah dihadapkan kepada Pendaftar KUPU SB tidak lewat dari Khamis, 07 Julai 2020 dan dihantar terus kepada Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, KUPU SB.

4.      Surat Tawaran Kemasukan boleh diambil dikaunter Bahagian Hal Ehwal Akademik, KUPU SB bermula 04 Julai 2020 (waktu pejabat/kaunter). Sila bawa bersama dokumen asli yang berkenaan seperti kad pengenalan, sijil dan lain-lain untuk pengesahan (jika diperlukan sahaja).

5.      Jawapan penerimaan tawaran (borang disertakan bersama surat tawaran) hendaklah dihadapkan/dihantar tidak lewat dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Jawapan penerimaan yang tidak/lewat diterima boleh dikira menolak tawaran/menarik diri.

6.      Sila patuhi dan amalkan amalan terbaik bagi mencegah penularan COVID-19 seperti mana yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan, Brunei Darussalam semasa berurusan/berada di Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.

7.      Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan Unit Kemasukan & Rekod Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Akademik, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (No Tel: +673 821 4494)

8.      Senarai pemohon yang ditawarkan program pengajian bagi kemasukan sesi 2020/2021 adalah seperti berikut:

 Klik disini bagi Senarai Pemohon yang Ditawarkan


Dikeluarkan oleh:

Unit Kemasukan & Rekod Pelajar

Bahagian Hal Ehwal Akademik

Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

29 Jun 2020

Attachments