Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

MIC TEWAS DI TANGAN KUPU SB

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 16 Jun. - Pasukan Micronet International College (MIC) terpaksa akur setelah tewas di tangan pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dengan kiraan4-7 pada perlawanan yang berlangsung di Padang 'A', Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD) baru-baru ini.

Seawal minit kedua permainan, MIC menggegarkan gawang KUPU SB melalui jaringan pemain Muhammad Arif.

Namun kegembiraan MIC itu hanya sementara apabila KUPU SB mengatur serangan dan berjaya membolosi gawang MIC pada minit ke-14 melalui Muhammad Faez dan Azizi Hamid pada minit ke-22.

MIC terus bangkit, memberikan asakan bertubi-tubi sekali gus berjaya menjaringkan gol kedua mereka pada minit ke-26 sekali lagi melalui Muhammad Arif.

sukan bola1.jpg

SEKITAR perlawanan antara di antara Micronet International College (MIC) dan pasukan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB). 

sukan bola2.jpg

Selang dua minit selepas gol ketiga MIC, KUPU SB menghadiahkan MIC gol ketiga dan keempat mereka melalui Abdul Hadi Azhar dan Mohd. Amirul Hafizan pada minit ke-38.

Beberapa minit sebelum separuh masa pertama berakhir, KUPU SB terus mengasak gawang MIC dan berjaya menjaringkan gol kelima pada minit ke-41 melalui hasil rembatan Salahuddin Al-Ayubi.

Pada separuh masa kedua, menyaksikan kedua-dua pasukan saling berentap untuk menambah jaringan, namun pertahanan kedua-dua pasukan tidak goyah dan kerap kali menggagalkan percubaan membolosi bola ke pintu gawang hingga pada minit ke-51 dan ke-72 di mana KUPU SB menambah lagi jaringan ke enam dan tujuh mereka menerusi hasil jaringan Mohd. Aiman dan Azizi Hamiz.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 19 Jun 2021. Oleh: Aimi Saini. Foto: Ak Mohd Aminol Adi Pg Hj Nikman)

Attachments