Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KHIDMAT MASYARAKAT KUPU SB

LUMUT, Rabu, 28 April. - Program Mahabbah Ramadan yang mula diperkenalkan pada tahun 2017 merupakan satu aktiviti dalam rancangan tahunan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), memberikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Program Mahabbah Ramadan pada tahun ini diadakan di keempat-empat daerah, pada 28 dan 29 April 2021.

Sehubungan itu, lebih daripada 40 keluarga terpilih menerima sumbangan, berupa barangbarang keperluan dan makanan asasi dari KUPU SB melalui Program Mahabbah Ramadan, yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar, KUPU SB.

prog_mahabbah02.jpg

TIMBALAN Pengarah, Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Dayangku Zainab binti Pengiran Haji Tuah pada sesi bergambar ramai pada Program Mahabbah Ramadan yang diadakan di Masjid Zainab Kampung Lumut, Kuala Belait (atas), sementara gambar bawah, sumbangan disampaikan kepada salah seorang penerima.

prog_mahabbah01.jpg

Di Daerah Belait, penyampaian sumbangan diadakan di Masjid Zainab Kampung Lumut, Kuala Belait, disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Dayangku Zainab binti Pengiran Haji Tuah.

Antara objektif program diadakan adalah untuk meraih keagungan bulan Ramadan dengan melakukan kebajikan yang berbentuk khidmat masyarakat juga mempergiatkan penglibatan dan sumbangan pihak KUPU SB kepada masyarakat.

Program disertai oleh Pegawai dan Kakitangan Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama para Mahasiswa KUPU SB.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 01 Mei 2021. Berita dan Foto : Noraisah Haji Muhammed)

Attachments