Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SAMBUTAN MAJLIS IBADAH KORBAN KUPU SB

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 Ogos. - Sebagai menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, di samping memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim 'Alaihissalam, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) mengadakan Majlis Ihya 'Eid Al Adha, iaitu Majlis Pengagihan Daging Korban kepada seramai 30 pelajar KUPU SB yang berhak menerimanya.

Antara tujuan penganjuran majlis yang dikelolakan bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Persatuan Pelajar, KUPU SB ialah untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melaksanakan ibadah korban.


RA'ES Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) (kiri) menyempurnakan pengagihan daging korban kepada penerima yang berhak.

Di samping itu, bagi menanamkan amalan bersedekah terhadap golongan yang memerlukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga KUPU SB terhadap kerja bergotong-royong, seterusnya memberikan peluang kepada warga KUPU SB untuk mengikuti ibadah korban, khususnya di dalam kampus.

Sebanyak dua ekor kerbau dan dua ekor kambing dikorbankan pada majlis tersebut.

Pengagihan daging korban tersebut disempurnakan oleh Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dekan Pelajar, Awang Ali Hardi bin Haji Mohamed, Pegawai-pegawai Utama KUPU SB serta pelajar KUPU SB.

Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan Takbir Hari Raya beramai-ramai.


(Petikan dari Pelita Brunei, Rabu 5 Ogos 2020 oleh KUPU SB)


Attachments