Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

DUA MAHASISWA WAKILI KUPU SB

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Mac. - Dua Mahasiswa Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) terpilih bagi mewakili KUPU SB dalam Kejohanan Sebelas Maret Cup : Southeast Asian University Karate Championship 2019 yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Mac, bertempat di Sritex Arena, Surakarta, Republik Indonesia.

Mahasiswa tersebut ialah Muhammad Khairi 'Asri bin Haji Sahri dan Muhammad Faris Mu'izzuddin bin Abdullah daripada Program Sarjana Muda Perguruan Ugama.

Siswa-siswa yang terpilih juga merupakan pemenang pingat emas dan gangsa dalam kejohanan Sukan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2018.



DUA Mahasiswa KUPU SB terpilih bagi mewakili KUPU SB dalam Kejohanan Sebelas Maret Cup : Southeast Asian University Karate Championship 2019 yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Mac 2019, bertempat di Sritex Arena, Surakarta, Republik Indonesia.

 

Pengurus dan Jurulatih Pasukan Karate KUPU SB, Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof menyatakan bahawa ini merupakan penyertaan pertama KUPU SB di peringkat Asia Tenggara, jemputan daripada pihak Universiti Sebelas Maret, Indonesia.

Menurut beliau lagi, para siswa didedahkan dengan sesi latihan berterusan bersama beberapa orang jurulatih negara yang berpengalaman, antaranya Sensei Haji Okhida Simangasing, Sensei Sofian Abdullah dan Sensei Bayu.

Hadir bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Timbalan Ra'es, KUPU SB, Dr. Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha.

Bagi sebarang makluman lanjut, bolehlah merujuk kepada Dr. Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof melalui talian +673 8620301.


(Petikan dari Pelita Brunei, Isnin 11 Mac 2019)


Attachments