Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

PEMENANG PERARAKAN MAULUD NABI TERIMA HADIAH

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 November. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) diumumkan sebagai juara Pertandingan Perhimpunan Perarakan dan Perbarisan Sambutan Maulud Nabi Muhammmad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara pada tahun ini, sekali gus menewaskan pemenang tahun lalu, iaitu Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah bagi Kategori Sekolah Menengah / Arab / Maktab / Institusi Pengajian Tinggi / Swasta serta pemenang ketiga jatuh kepada Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah di sini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

Johan menerima wang tunai BND4,500, naib johan BND3,500, ketiga BND3,000 dan BND1,400 bagi penghargaan berserta hadiah iringan dan sijil. 

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman (kanan) menyampaikan hadiah kepada juara Kategori Sekolah Menengah / Arab / Maktab / Institusi Pengajian Tinggi dan Swasta, iaitu Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB).

Keputusan yang dimaklumkan pada majlis yang berlangsung di Dewan Multaqa, Bangunan Tambahan, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu turut mengumumkan pemenang-pemenang Hadiah Khas, iaitu pasukan Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) merangkul bagi Kategori Sekolah Menengah / Arab / Maktab / Institusi Pengajian Tinggi / Swasta.

Manakala Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Kategori Kementerian dan Jabatan Kerajaan serta Pertubuhan Zaidana bagi Kategori Persatuan-Persatuan dan Sektor Swasta.

Para pemenang Hadiah Khas tersebut berjaya membawa pulang wang tunai BND500.

Terdahulu, Pengarah Pusat Dakwah Islamiah, Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh selaku Pengerusi Hakim Pertandingan antara lain menyatakan bahawa lima sudut penghakiman diambil kira, iaitu perhimpunan, perbarisan, pakaian, selawat dan sepanduk dan manakala penilaian bagi Kategori Khas dilihat dari sudut perhimpunan awal dan di akhir garisan masuk ke dalam Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Tambahnya, berdasarkan enam lokasi penghakiman yang diaturkan sepanjang laluan perbarisan, para hakim mengulas terdapat beberapa pasukan yang tidak menamatkan perbarisan masuk ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien.

Selain itu, ulasan para hakim mendapati persaingan semua pasukan termasuk pasukan yang baru mendaftar pada tahun ini adalah memberansangkan, khususnya penyertaan Kategori Kampung dan Takmir Masjid.

Dari sudut sepanduk tambahnya, terdapat kesalahan-kesalahan kecil pada ayat-ayat dan kalimah yang ditulis pada sepanduk.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), KHEU, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 1 Disember 2018 oleh Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi)

Attachments