Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
|
Version HistoryVersion History

ROMBONGAN KUPU SB BERLEPAS KE KL, ACEH

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Dalam usaha memperkasa ilmu dan khidmat sosial kepada masyarakat khususnya dalam membantu golongan anak-anak yatim, rombongan dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah berlepas ke Kuala Lumpur dan Aceh bagi menyertai Program Intelektual 'Mahabbah Wa Rahmah III' yang bermula hari ini hingga 13 Julai 2018.

Rombongan seramai 16 orang itu diketuai oleh Pengarah Pusat Bahasa KUPU SB, Dr Haji Hambali bin Haji Jaili.

Program berkenaan sangat bertepatan dengan bidang misi dan visi KUPU SB ke arah melahirkan bakal guru yang berwibawa dan ia juga dihasratkan dapat memberi manfaat kepada siswa dan siswi untuk menghadapi sasaran masyarakat yang pelbagai.

    

Antara objektif program adalah untuk memperkenalkan KUPU SB di peringkat serantau dan antarabangsa sebagai satu institusi Islam yang berorientasikan perguruan di rantau ini.

Di samping itu, untuk melatih siswa dan siswi bekerja secara berpasukan serta melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan bersesuaian dengan persekitaran seterusnya membantu golongan anak-anak yatim dalam memberikan sumbangan dalam bentuk material dan khidmat masyarakat.

Program juga menyasarkan kepada tiga perkara iaitu persidangan antarabangsa pendidikan Bahasa Arab 2.0 anjuran Universiti Ar-Raniry Aceh, KUPU SB dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, mengadakan lawatan ilmiah dan sesi dialog bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak.

Selain itu, rombongan juga akan mengadakan kerja kemasyarakatan dan sumbangan amal kebajikan kepada Yayasan Chow Kit Kuala Lumpur dan Panti Asuhan Aceh.


(Petikan dari Media Permata, Isnin 9 Julai 2018 oleh Salawati Haji Yahya)

Attachments