Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

KUPU SB JOHAN PERTANDINGAN GULINTANGAN

TUNGKU LINK, Rabu, 18 Januari. - Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dinobatkan sebagai johan Pertandingan Gulintangan yang dianjurkan Universiti Brunei Darussalam (UBD) sebagai sebahagian daripada Chancellor's Trophy 2022. Naib johan disandang oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB), manakala UBD dan Politeknik Brunei masing-masing memenangi tempat ketiga dan keempat

Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan yang berlangsung di Pusat Kesenian Pro Canselor, UBD itu, disampaikan oleh Naib Canselor UBD, Dr. Hazri bin Haji Kifle selaku tetamu kehormat majlis.

p.gulintangan1.png

NAIB Canselor UBD bergambar ramai bersama para pemenang Pertandingan Gulintangan yang dianjurkan Universiti Brunei Darussalam

Terdahulu, pertandingan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Presiden Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD), Nur Qamelya Mohd Rafee, diikuti persembahan daripada para peserta.

Sebagai sebahagian daripada syarat pertandingan, setiap kumpulan peserta dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu.

p.gulintangan2.1.jpg

SALAH sebuah kumpulan yang membuat persembahan pada pertandingan tersebut (atas). Sementara gambar bawah, Naib Canselor UBD hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

p.gulintangan2.2.jpg

Panel hakim bagi pertandingan tersebut terdiri daripada wakil bahagian Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Chancellor's Trophy ditubuhkan dengan tujuan untuk menggalakkan pembangunan sukan dan persaingan antara universiti tempatan dan Institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam.

Acara tahun ini dihoskan oleh UBD, UNISSA, KUPU SB, dan diketuai oleh UTB.​

Chancellor's Trophy merangkumi acara sukan, serta pertandingan kebudayaan dan keagamaan.


(Petikan dari Pelita Brunei, Sabtu 21 Januari 2023. Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Brunei Darussalam​)


Attachments